Wednesday, February 11, 2009

SIPUTkah aku?

SIPUT. Merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cengkerang. Sejenis haiwan yang hidup dan berselindung di dalam cengkerang. Yang paling ketara sifat siput adalah apabila disentuh pasti akan menyorok masuk di dalam tempat perlindungan atau cengkerangnya. Mama sama kan aku dengan siput. Kata mama sebab aku kuat merajuk. Salah cakap sikit, merajuk, terasa hati. Marah sikit, merajuk, terasa hati. Tapi tahukah mama bahawa aku warisi sifat ini daripadanya? Dan kini, pewaris seterusnya yang mewarisi sifat yang mama gelar siput ini adalah Adam. Anak buah ku yang sorang tu. Sama sifatnya. Salah cakap sikit pasti merajuk dan panjang jugak rajuknya. Wewet sorang je yang reti layan. Sebab sama sifatnya kata mama. Setiap kali Adam merajuk, akulah yang jadi tukang pujuk. Tapi bila aku merajuk, takde sape pun yang sudi pujuk. Sedih betul.

Kadang-kadang aku kesian pada orang terdekat aku macam mama dan juga kekasih hati. Setiap kali aku merajuk mesti diorang susah hati. Dok pikir macamana cara nak amik hati. Aku bukan sengaja tapi ini sifat lahiriah yang sememangnya ada dalam diri. Sukar untuk dibuang tapi boleh dikurangkan. Aku dah cuba. Kini aku dah kurang sikit merajuk dan jauh hati. Aku semakin pandai mengawal diri. Insya'allah. Itu doa aku hari-hari.

..................................................................................................................................

No comments: