Tuesday, February 10, 2009

lembutnya hati YANG SATU

Allahhuakhbar... sesungguhnya Allah Maha Besar. mencipta insan dengan hati yang satu. mencipta pelbagai perasaan dan rasa. semuanya menjadi pencorak sebuah kehidupan. begitu juga dengan jalan dan kehidupan yang perlu aku lalui. dalam pada gembira menyahut berita dan bakal menjadi milik seseorang, Allah datangkan sedikit kedukaan dan kelukaan yang pastinya bakal menjadi pemanis suatu perhubungan.

Entah kenapa hati ini senang benar tersentuh dan terluka hanya kerana kata-kata. kenapa begini wahidah? aku tanyakan pada diri sendiri. kenapa lembut benar hati yang di dalam tu. kenapa cepat benar tersentuh. entahlah. aku sendiri pun tak pasti kenapa hati ku yang satu ini cepat benar terasa dan terluka. sedih benar bila aku fikirkan apa yang diperkata. mungkin bagi orang lain semua tu hanyalah "small matter". tapi kata-kata itu benar-benar membunuhku kerana selama ini, aku bina kejayaan dan bangkit dari suatu kegagalan hanya dengan semangat yang aku ciptakan sendiri. yang aku cipta agar dapat aku bangkit setiap pagi dengan satu semangat dan satu azam dan percaya serta yakin diri. tapi hanya kerana kata-kata itu, aku bangun pagi tidak lagi seperti dulu. bangun saja, aku bertanya pada diri, layak kah aku untuk menjadi diriku hari ini. membawa nama wahidah yang satu bersama-sama ku. kalu dulu, pelbagai kata nista dan cerca yang aku terima tapi rasanya tidak seperti apa yang aku terima sekarang ini. mungkin kali ini, kata-kata itu tepat dan benar dan menyedarkan aku agar jangan lupa diri. menyedarkan siapa aku. menyedarkan aku agar jangan lupa mencermin diri. dahla hodoh dan bodoh. sedarlah diri!

........................................................................................................................................

No comments: