Thursday, June 11, 2009

Al-Fatihah


Selasa yang lalu (9/06/2009), datang saje kat office aku terima satu berita sedih. Suami Puan Fauziah Zainal yang lebih mesra aku panggil kak G telah kembali ke rahmatullah.
Al-fatihah buat Arwah dan takziah aku ucapkan pada kak G. Doa ku agar kak G tabah penempuh segala dugaan yang telah ditakdirkan ALLAH.

...............................................................................................................................................

Thursday, June 4, 2009

Aku suka melihat SENYUM itu

aku suka melihat senyuman yang terukir di bibirnya.
doa ku dalam hati biarlah senyuman itu tidak lekang dari bibir manisnya.
tidak kah dia tahu bahawa dia sungguh manis kalau tersenyum.
tidak kah dia sedar senyuman nya bisa buat hati bahagia.
manis sungguh senyuman nya itu dan itu lah senyuman termanis bagi diriku.
tapi tidak aku tahu bagaimana untuk menyatakan padanya agar dia tersenyum sentiasa.
aku bahagia melihat dia begitu. tersenyum manis padaku dan orang di sekelilingnya.
terima kasih kerana tersenyum buatmu pemunya senyuman yang manis.

...............................................................................................................

Adakah ini airmata gembira atau sebaliknya

Ya Allah, tidak aku tahu kenapa airmata ini mengalir. Tanpa segan dan dapat aku kawal.
Ya Allah adakah ini airmata bahagia, airmata gembira ataupun sebaliknya?
Malu sungguh aku kerana airmata ini mengalir di hadapan insan yang sentiasa lihat aku kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran masa depan.

Mungkinkah ini airmata beban. Airmata yang mengalir bagi mengubat sebuah kedukaan?
Senang benar hati ku ini tersentuh hanya dengan kata-kata mahupun suatu perlakuan.
Atau aku saja yang suka bermain dengan perasaan? Terlalu mengikut hati dan perasaan.

Ya Allah, aku berharap airmata yang mengalir ini adalah airmata rahmat dan satu petunjuk dari mu bahawa impian dan cita-cita yang sedang aku usahakan akan dapat aku capai. Insy'allah, itu yang sentiasa aku doa dan harapkan.
Ingin aku buktikan pada semua bahawa apa yang aku impi dan citakan akan menjadi satu kenyataan.
Ya Allah hanya pada mu aku berserah dan pada mu juga aku bersujud memohon agar diperkenankan.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa airmata ku ini mengalir dan kenapa aku ditakdirkan disini.

Entahlah..., ayat biasa ku yang mengambarkan luahan rasa yang tiada pengakhiran dan kesudahan.

.............................................................................................................................................