Friday, October 31, 2008

KUAT kah aku??

Tatkala memikirkan nasib yang menimpa diri, aku selalu bertanya sendiri, KUATkah aku ya ALLAH dalam mengharungi dan menghadapi semua ini. Kerana itu aku sering ingatkan pada diri, siapa pun aku dan cabaran apa pun yang ALLAH datangkan pada ku, aku perlu kuat. Bangun dan terus berdiri dan jangan pernah sekali cuba untuk lari.

Pernah sekali aku terfikir untuk lari. Lari dari kenyataan hidup aku ini. Lari dan cuba untuk bersembunyi dari kenyataan hidup ini. Tapi bila aku sendiri, bersendiri sewaktu melarikan diri, aku tersedar seperti baru terjaga dari mimpi. Kemana aku perlu lari? Dimana aku hendak bersembunyi? Aku tertanya sendiri. Bertanya tanpa ada jawapan yang pasti.

Lalu aku muhasabah diri. Merenung pada takdir dan ketentuan illahi. Ini yang sudah Allah janji dan tentukan buat ku. Ini juga yang perlu aku terima dan hadapi serta harungi. Onak dan duri yang sudah pasti akan menyakitkan diri. Itu sebenarnya jawapan yang paling pasti.

hidup ini INDAH sebenarnya....

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah jadikan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah datangkan pada kita pelbagai dugaan dan cabaran yang menduga.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah hadirkan rasa kasih dan cinta.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah sudah tetapkan siapa pasangan kita dan membiarkan kita sendiri yang berusaha mencarinya.

Hidup ini indah sebenarnya jika kita pandai mencorak dan mengatur perjalanan hidup kita.

Hidup ini indah sebenarnya kerana kadangkala hadirnya perasaan sedih dan berduka.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah wujudkan keluarga dan teman-teman di sekeliling kita.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah wujudkan airmata.

Hidup ini indah sebenarnya......
Indah bila kita pandai menilainya.
Indah bila kita sentiasa ingat dan redha atas segala ketentuanNYA.
Indah bila kita pandai mentafsir apa yang didatangkan kepada kita.
Indah bila kita melihat dari sudut yang positif dan berbeza.

Sunday, October 19, 2008

Adakah aku yang berSALAH dalam hal ini???

Ya Allah....
adakah aku yang bersalah dalam hal ini?
adakah aku seorang yang jahat kerana membuat keputusan ini?
kejamkah aku dengan keputusan ku ini?
teruk kah aku kerana membuat seseorang merana dan merasai pengalaman pahit yang pernah aku alami dulu?

Ya Allah.....
sesungguhnya kau maha mengetahui,
maha agung dan maha bijaksana.
kau mengetahui baik dan buruk bagi hamba mu ini.
berikan lah aku secebis kekuatan, sedikit petunjuk dalam membuat keputusan.
sesungguhnya Ya Allah, aku benar-benar tidak tahu, apa yang terbaik buat diri ku.

Kisahnya bermula begini............
pengenalan ku singkat benar dengan insan ini.
insan yang kedua mencuri hati.
aku nekad mungkin dia yang Allah bagi dan datangkan kepada ku sebagai ganti.
aku cuba memperbaiki diriku agar jangan sekali lagi hati ku yang lembut ini terhiris dan dilukai oleh seorang insan bernama lelaki.
dalam tempoh pengenalan, aku kuatkan diri.
aku sedar pahit dan manis yang perlu aku tempuhi jika ingin hidup dengan seorang yang bernama lelaki. sebab bagi ku, ini bukan yang pertama kali.

seawal pengenalan ku dengan insan ini, sumenya indah dan nampak berseri.
namun aku sedar, masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi.
selepas setahun pengenalan, sesungguhnya Allah itu Maha Menguji.
cadaran dan dugaan datang satu persatu.
Aku tepis dan aku harungi dengan penuh keazamaan dan tekad dalam hati.
Namun pabila badai besar yang Allah beri dan datangi, aku terheret dan tersungkur sekali lagi.
Aku dibiarkan seperti digantung tak bertali.
di biar terkapai dan berteka teki.
semua soalan dalam hati aku jawap sendiri.
dalam pada mencari jawapan dan ketenangan diri, Allah hadirkan lagi seorang insan bernama lelaki.
namun aku masih belum benar-benar pasti, adakah aku sanggup sekali lagi bermain dengan api dan memberi hati ku yang penuh parut-parut luka ini.
dalam akal dan pikiran yang memanjang, aku tekadkan hati.
tak salahkan kalu aku mencuba sekali lagi?
tak salahkan aku memberi peluang kepada diri?
lalu aku masuk dan terjun kedalamnya.
sedang aku cuba membiasakan diri, dan membuat keputusan yang pasti, insan kedua yang mencuri hati datang sekali lagi menagih janji-janji.
Ya Allah, besar sungguh ujian mu ini.

.............................................................................................

Saturday, October 11, 2008

Beza antara yang Pertama dan Kedua

Bila menyebut tentang pertama dan kedua, ada banyak perbezaanya. Dalam hidup, orang yang hadir pertama dan kedua juga memberi kesan yang berbeza. Dalam percintaan juga begitu hakikatnya. Jika kita hadir dalam hidup seseorang, sama ada kita orang pertama yang hadir atau yang kedua hadir turut juga akan merasa layanan dan persekitaran yang berbeza. Itu bezanya penilaian manusia biasa sebagai hamba yang banyak kurang dari lebihnya. Tapi berbeza jika dilihat dari sudut pandangan tuhan yang menpencipta. Tak kira bila dan tempat ke berapa kau hadir, iman dan taqwa yang membezakan kau disisinya. Itulah penilaian yang Maha Mulia.

Dalam hidup ku, orang yang pertama mencuri hati ku dan orang kedua yang datang dan sekali mencuri hati ku, amat berbeza kesan dan perasaannya. Kalau yang pertama dahulu, angan dan impian ku mencecah hingga ke awan nan biru. Melayang-layang aku dengan angan yang membukit. Hidup bagai terbang dalam angan2 yang indah yang dicipta agar dapat merasa sejuta rasa. Tapi bila hadirnya yang kedua, perasaan cinta dan sayang itu sudah tidak semanis dulu. Namun aku cuba jugak untuk meletakkan sejuta rasa di dalamnya namun gagal segala usaha.
Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Kini, hadir pula yang ketiga cuba untuk mencuri hati. Mencuri hati yang sudah banyak kesan parut yang ditinggalkan oleh insan bernama lelaki. Aku tertanya-tanya adakah aku masih mampu untuk mengulangi semua yang pernah terjadi. Aku tercari-cari masihkah adakah secebis kasih yang boleh kuberi. Entahlah, aku sendiri masih belum pasti.
Sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Tuesday, October 7, 2008

Aidilfitri tahun iNi


Aidilfitri tahun ni, aku sambut sederhana dengan segala keperluan dan kelengkapan rumah di bawah tanggungan ku. Ibu cakap, dia bergantung harapan pada ku, aku lah harapan dia untuk merasa secebis kesenangan. Apa tidaknya, tahun ni, aku beraya dengan poket yang sedikit kembung dari tahun-tahun sebelumnya. Merasa jugak lah aku belikan barang dapur untuk persediaan raya. Macam ayam, daging, dan bahan-bahan basah lain untuk dimasak ibu sehari sebelum lebaran tiba.

Tahun ni, atas idea dan cadangan ku, kami sekeluarga memakai pakaian bertemakan warna "koko" atau lebih glamour lagi jika dipanggil "brown" dalam bahasa orang putehnya.

Malam raya tu aku tido lewat, gosok baju, kemas rumah, masuk kan kuih dalam balang, buat itu ini sampai jarum jam dah menunjukkan pukul 3 pun aku tak sedar. Aku terlena atas katil dengan tak tukar baju tido dan bersihkan muka.

Keesokkan harinya, aku lah orang pertama yang terjaga, lalu aku kejutkan semua kaum keluarga yang masih lena tidurnya. Aku mulakan dengan Ibu yang sememangnya mudah jaganya. Diikuti pula dengan adik-adik yang seharusnya aku curahkan air baru terjaga. Ku laungkan, "woi bangunlah, kan arini hari raya. Jom gi solat raya. Excited aku tahun ni sebab dah 2tahun aku tak dapat solat sunat Aidilfitri atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan sebagai seorang perempuan. Setelah mandi dan bersiap, aku kenekan baju raya ku yang sedondon dengan ibu. Mmmm.... puas sungguh hati ini walaupun banyak dah aku berabis untuk hari raya ni. Setelah sumenye siap sedia, kami jammah sedikit masakan bonda sebelum pergi solat hari raya. Enak sungguh masakan bonda yang tiada tolok tandingannya.

Balik solat raya, kami menunggu abang sekeluarga pula datang untuk sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Abang yang paling tua, sudah semestinya dia yang akan mulakan acara. Setelah abang datang, saat yang paling aku tunggu2 tiba jua. Selesai abang bermaafan dengan bonda dan papa, tiba giliran aku pula. Aku mulakan dengan papa; ayahda tiriku kemudian bonda yang tercinta. Ku minta bonda halalkan makan dan minumku, halalkan setiap titik susu yang diberikan kepadaku. Ku minta bonda maafkan segala salah silap dan keterlanjuran kata ku andainya ada yang mehiris kalbu. Dengan linangan airmata, bonda ku berkata; "tiada yang lebih indah didunia dari melihat aku dilahirkan ke dunia, tiada yang lebih bahagia dari melihat ku membesar dengan airsusu badan bonda, tiada yang lebih nikmat dari melihat aku berjaya. Tiada apa yang bonda harapkan, hanyalah kejayaan dan kesihatan puteri bonda yang seorang".
Ya Allah, terima kasih kerana aku diciptakan untuk menjadi anaknya. Aku cukup bertuah dan aku sayang bonda.