Friday, February 13, 2009

Debarannya makin terasa

Walaupun aku sibuk sungguh dengan kerja sekarang ni tapi bila memikirkan hari bersejarah yang bakal menjelang nanti berdebar-debar juga rasanya hati. Tak tahu kenapa risau sungguh hati ini. Aku harap semuanya akan berjalan dengan baik dan teratur. Biarlah semua keputusan yang bakal dibuat nanti, menyenangkan kesemua hati. Itulah doa ku hari-hari. Yang pasti aku dan si dia tak banyak pilihan, kami hanya menurut apa yang dikata.

Kami mahu hidup sama. Sudah bersumpah dan berjanji. Bersumpah dan berjanji untuk hidup bersama sehingga akhir hayat nanti. Menempuh hari-hari mendatang dan segala dugaan dan cabaran yang datang bersama. Insya'allah... Lafaz ku agar diperkenan Illahi.

Walaupun hari yang bakal tiba bukanlah suatu yang perlu diperbesar-besarkan dan bukan suatu boleh menjanjikan aku miliknya namun memikirkan perjalanan dan keputusan kedua belah pihak yang bakal dibuat nanti, hati ku jadi resah dan mati kerana yang bakal menjadi mangsa sudah tentu-tentu aku dan kekasih hati. Perkara kami yang bakal diperkatakan nanti, maka tak salah kalau perasaan risau wujud dalam diri.

ENTAHLAH
, ayat biasa yang aku lafazkan bila fikiran sudah buntu dan menemui jalan mati...

......................................................................................................

Wednesday, February 11, 2009

SIPUTkah aku?

SIPUT. Merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cengkerang. Sejenis haiwan yang hidup dan berselindung di dalam cengkerang. Yang paling ketara sifat siput adalah apabila disentuh pasti akan menyorok masuk di dalam tempat perlindungan atau cengkerangnya. Mama sama kan aku dengan siput. Kata mama sebab aku kuat merajuk. Salah cakap sikit, merajuk, terasa hati. Marah sikit, merajuk, terasa hati. Tapi tahukah mama bahawa aku warisi sifat ini daripadanya? Dan kini, pewaris seterusnya yang mewarisi sifat yang mama gelar siput ini adalah Adam. Anak buah ku yang sorang tu. Sama sifatnya. Salah cakap sikit pasti merajuk dan panjang jugak rajuknya. Wewet sorang je yang reti layan. Sebab sama sifatnya kata mama. Setiap kali Adam merajuk, akulah yang jadi tukang pujuk. Tapi bila aku merajuk, takde sape pun yang sudi pujuk. Sedih betul.

Kadang-kadang aku kesian pada orang terdekat aku macam mama dan juga kekasih hati. Setiap kali aku merajuk mesti diorang susah hati. Dok pikir macamana cara nak amik hati. Aku bukan sengaja tapi ini sifat lahiriah yang sememangnya ada dalam diri. Sukar untuk dibuang tapi boleh dikurangkan. Aku dah cuba. Kini aku dah kurang sikit merajuk dan jauh hati. Aku semakin pandai mengawal diri. Insya'allah. Itu doa aku hari-hari.

..................................................................................................................................

Tuesday, February 10, 2009

lembutnya hati YANG SATU

Allahhuakhbar... sesungguhnya Allah Maha Besar. mencipta insan dengan hati yang satu. mencipta pelbagai perasaan dan rasa. semuanya menjadi pencorak sebuah kehidupan. begitu juga dengan jalan dan kehidupan yang perlu aku lalui. dalam pada gembira menyahut berita dan bakal menjadi milik seseorang, Allah datangkan sedikit kedukaan dan kelukaan yang pastinya bakal menjadi pemanis suatu perhubungan.

Entah kenapa hati ini senang benar tersentuh dan terluka hanya kerana kata-kata. kenapa begini wahidah? aku tanyakan pada diri sendiri. kenapa lembut benar hati yang di dalam tu. kenapa cepat benar tersentuh. entahlah. aku sendiri pun tak pasti kenapa hati ku yang satu ini cepat benar terasa dan terluka. sedih benar bila aku fikirkan apa yang diperkata. mungkin bagi orang lain semua tu hanyalah "small matter". tapi kata-kata itu benar-benar membunuhku kerana selama ini, aku bina kejayaan dan bangkit dari suatu kegagalan hanya dengan semangat yang aku ciptakan sendiri. yang aku cipta agar dapat aku bangkit setiap pagi dengan satu semangat dan satu azam dan percaya serta yakin diri. tapi hanya kerana kata-kata itu, aku bangun pagi tidak lagi seperti dulu. bangun saja, aku bertanya pada diri, layak kah aku untuk menjadi diriku hari ini. membawa nama wahidah yang satu bersama-sama ku. kalu dulu, pelbagai kata nista dan cerca yang aku terima tapi rasanya tidak seperti apa yang aku terima sekarang ini. mungkin kali ini, kata-kata itu tepat dan benar dan menyedarkan aku agar jangan lupa diri. menyedarkan siapa aku. menyedarkan aku agar jangan lupa mencermin diri. dahla hodoh dan bodoh. sedarlah diri!

........................................................................................................................................

Monday, February 9, 2009

sErABuT - PeNinG kEpaLa

mmmm.... serabut betul lah. walaupun excited tu ada untuk menjadi milik seseorang tapi bila memikirkan macam-macam perkara yang perlu aku selesaikan, terus jadi pening kepala. baru sekarang aku tahu walaupun dalam zaman moden macam ni, adat dan budaya masih kuat dipegang oleh orang-orang tua kita. terutamanya soal-soal yang melibatkan pertunangan dan perkahwinan. pening sat kepala aku dok pikir macam-macam hal yang aku tak amik pusing sebelum ni.

contohnya soal hantaran, duit belanje; serba satu lah, bersih lah, pastu nak tetap tarikh tunang lagi satu hal. memang pening kepala. apa yang mampu aku buat skang ni adalah dengan berdoa memohon agar Allah permudahkan jalan aku untuk membina sebuah masjid yang sememangnya dituntut oleh agama. walaupun aku seorang pompuan tapi jenuh gak nak memikirkan soal perbelanjaan yang bakal aku keluarkan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan nanti. at least aku mesti gak ada my own saving for any contingency. beside manalah tau nak wat extra sket masa majlis tu nanti. macam untuk "berkat" yang nak bagi kengkawan and family terdekat. mesti nak bagi something yang special gak kan. kawin kan sekali je seumur hidup. entahlah, nak menunggu hari merisik pun dah satu penyeksaan. kalu bleh biarlah cepat abis. tak yah dah pening2 kepala nak fikir. soal tarikh aku serahkan pada kuaga untuk tetapkan. aku ikut je. masalah, kemudian bleh fikir.
PeNin kePaLa......!

09/02/2009
OffiCE

..........................................................................................................................................