Wednesday, December 24, 2008

Kenapa dengan aku hari ni??

Hari ni, datang keje pagi-pagi je, aku dah tengok gamba muka si "H" yang aku tak penah pun tengok sebelum ni. Pastu macam-macam citer ar dengar pasal adik dia yang kene tembak tu. Itu ok lagi. Tapi tah kenapa tah, satu jabatan bleh sebut nama dia hari ni. Famous gak minah ni kat jabatan aku rupanya. Tapi yang tak sedap nak dengar bila nama mamat sorang tu pasti ada kat belakang nama dia bila orang sebut. Tak lah cemburu pun tapi sedikit bengang tu ada ler. BOSAN sebenarnya. Tak abis-abis orang dok citer. Yang suprising sangat tu, sampai kak ain pun tau kisah cinter mamat ni dengan si minah ni. Aku wat selamber je le....

Turun admin lagi lah bahana. Aku masuk2 je pintu admin, sume mata tertumpu kat aku. Aik, kenapa plak ni. Aku ada wat salah ke? aku tanya dalam hati. Nak tau kenapa dorang pandang aku camtu? Dorang tengah dok citer pasal si minah "H" ni. Nama dia salah lah surat khabar tulis, itu lah, ini lah... BOSAN tul dengar.

Yang mamat sorang ni plak, dari pagi dok tersengih. Seronoklah tu dapat tatap gambar kekasih sepanjang hari. Silap2 siap potong simpan dalam almari. Tak pun lekat wat tatapan hari2. Kebengangan aku control giler arini. Wat bodoh je. Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri kalu aku dengar orang dok citer pasal minah ni. Aku apa peduli.!

Saturday, December 20, 2008

Saat termetrai satu ikatan....

Taniah atas ikatan kasih itu. Sesungguhnya kau berhak dimiliki olehnya kerana peribadi dan pekerti serta santun mu yang tinggi. Semoga dirinya pandai mengambil dan menjaga hati. Doaku untuk kebahagian kamu berdoa sentiasa mengiringi. Tidak sabar rasanya hati untuk melihat kau menjadi rasa sehari. Manis seperti seorang puteri di singahsana yang menanti bersama pemuda pilihan hati.

.......................................................................................................................

Friday, December 19, 2008

Beza 1, 2 & 3

1.
SATU itu manja. Yang sentiasa inginkan perhatian dan kata2 sayang. Yang sentiasa melafazkan kata2 yang membuat hati senang. Segak dan tampan tetapi tidak berapa disukai orang. Petah berbicara dan berkata2. Boleh diajak untuk berbahas. Tetapi mungkin 0 yang tidak sempurna membuatkan 1 mencari gantinya. Tidak sepadan mungkin, atau tidak enak bila "satu" dipanggil "sepuluh" bila digandingkan dengan "sifar". Lalu pergilah 0 mencari 2, agar 2 menerima dan rela digelar "duapuluh".

2.
Tidaklah sesegak dan setampan 1 tapi boleh dikatakan ada rupa. Selalu omong kosong dan tiada bicara yang berunsurkan fakta. Bicara lebih kepada kehidupan sekarang dan bukan masa depan. Langkahnya sentiasa terburu-buru tanpa berfikir panjang. Datang dan pergi sesuka hati dengan atau tanpa diundang. Mengharapkan lebih dari apa yang mampu diberi. Sentiasa merasa sudah cukup sempurna tanpa mencermin diri. Kerana ketidakserasian dan kata2 nista yang dicurah atas ketidaksempurna 0, maka 0 teruskan lagi perjalanan hidup ini untuk bertemu yang seterusnya. Mungkin yang ini dapat menerima baik, buruk dan kelemahan 0.

3.
Yang pertama-tama boleh digambarkan adalah dengan ayat "KASAR". Lurus dan lebih suka berterus-terang tanpa ada perselindungan. Kata-katanya kadangkala boleh menghiris dan menyebabkan luka namun kejujuran dan keterbukaannya yang menarik 0. Tiada kata-kata indah dan berbunga tetapi apa yang diungkap kadangkala boleh menuntun jiwa sebab kata-kata "kasih" dan "cinta" hanya diucap apabila perlu dan kena pada waktu. Baru kini 0 tahu, kata-kata "kasih" dan "cinta" yang jarang diucap sebenarnya lebih indah dan mampu membelai jiwa dan kejujuran yang dipamerkan yang sebenarnya menawan jiwa.

Harapan 0 akan bersinarkah agaknya bersama 3? Tiada siapa yang mempu memberi jawapan yang pasti, hanya yang MAHA ESA, pengatur segalanya...

..............................................................................................................................................

Coretan Lama.....

Dah terlalu lama rasanya aku tak mencoretkan cerita. Terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan kerja. Hearing dan jemputan yang datang bersilih ganti. Kehidupan yang tak terurus sepanjang pemergian mama ke Kota Singa. Hendak menjenguk ke laman sepupu ku juga tidak berkesempatan. Datang saja pejabat, sudah pasti ada kerja yang menanti. Sebelum tidur aku sudah mencongak2 kerja apa yang perlu aku sudah kan esok di pejabat. Entahlah.... itula yang dinamakan kehidupan untuk mencari secebis kesenangan. Bukan mudah untuk mencari suapan yang diberkati Allah dan halal sebenarnya.

Tuesday, December 9, 2008

my COLLECTION


Membelek koleksi lama dari almari usangku membuatkan aku melayang sejenak teringatkan kehidupan masa lalu. Ketika usia sedang melonjak dan kemahuan terhadap libur mengatasi segalanya, lalu langkah2 sumbang itu jua yang ku ambil. Saat tersadung dan tersedar, wajah pertama yang tergambar adalah wajah sugul bonda. Wajah pengharapan agar anak dara sunti yang seorang ini pandai menjaga maruah keluarga dan diri.

Koleksi anting-anting itu hingga kini masih dalam simpanan. Harganya mungkin tidak seberapa, tetapi kenangan dan memori yang dibawa bersama menjadikan ia begitu berharga. Sayang sungguh kalu hendak dibuang dan diberi pada orang. Tapi itulah yang bonda inginkan. Saat bonda melafazkan kata agar diberi pada orang koleksi berharga ku ini, terasa ingin sekali aku menitiskan airmata. Sayang sungguh aku pada koleksi anting-anting aku ini kerana ada diantaranya merupakan pemberian rakan-rakan dan koleksi kenangan bersama kawan-kawan di saat kami membuat perjumpaan setelah semua sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan.