Wednesday, December 24, 2008

Kenapa dengan aku hari ni??

Hari ni, datang keje pagi-pagi je, aku dah tengok gamba muka si "H" yang aku tak penah pun tengok sebelum ni. Pastu macam-macam citer ar dengar pasal adik dia yang kene tembak tu. Itu ok lagi. Tapi tah kenapa tah, satu jabatan bleh sebut nama dia hari ni. Famous gak minah ni kat jabatan aku rupanya. Tapi yang tak sedap nak dengar bila nama mamat sorang tu pasti ada kat belakang nama dia bila orang sebut. Tak lah cemburu pun tapi sedikit bengang tu ada ler. BOSAN sebenarnya. Tak abis-abis orang dok citer. Yang suprising sangat tu, sampai kak ain pun tau kisah cinter mamat ni dengan si minah ni. Aku wat selamber je le....

Turun admin lagi lah bahana. Aku masuk2 je pintu admin, sume mata tertumpu kat aku. Aik, kenapa plak ni. Aku ada wat salah ke? aku tanya dalam hati. Nak tau kenapa dorang pandang aku camtu? Dorang tengah dok citer pasal si minah "H" ni. Nama dia salah lah surat khabar tulis, itu lah, ini lah... BOSAN tul dengar.

Yang mamat sorang ni plak, dari pagi dok tersengih. Seronoklah tu dapat tatap gambar kekasih sepanjang hari. Silap2 siap potong simpan dalam almari. Tak pun lekat wat tatapan hari2. Kebengangan aku control giler arini. Wat bodoh je. Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri kalu aku dengar orang dok citer pasal minah ni. Aku apa peduli.!

Saturday, December 20, 2008

Saat termetrai satu ikatan....

Taniah atas ikatan kasih itu. Sesungguhnya kau berhak dimiliki olehnya kerana peribadi dan pekerti serta santun mu yang tinggi. Semoga dirinya pandai mengambil dan menjaga hati. Doaku untuk kebahagian kamu berdoa sentiasa mengiringi. Tidak sabar rasanya hati untuk melihat kau menjadi rasa sehari. Manis seperti seorang puteri di singahsana yang menanti bersama pemuda pilihan hati.

.......................................................................................................................

Friday, December 19, 2008

Beza 1, 2 & 3

1.
SATU itu manja. Yang sentiasa inginkan perhatian dan kata2 sayang. Yang sentiasa melafazkan kata2 yang membuat hati senang. Segak dan tampan tetapi tidak berapa disukai orang. Petah berbicara dan berkata2. Boleh diajak untuk berbahas. Tetapi mungkin 0 yang tidak sempurna membuatkan 1 mencari gantinya. Tidak sepadan mungkin, atau tidak enak bila "satu" dipanggil "sepuluh" bila digandingkan dengan "sifar". Lalu pergilah 0 mencari 2, agar 2 menerima dan rela digelar "duapuluh".

2.
Tidaklah sesegak dan setampan 1 tapi boleh dikatakan ada rupa. Selalu omong kosong dan tiada bicara yang berunsurkan fakta. Bicara lebih kepada kehidupan sekarang dan bukan masa depan. Langkahnya sentiasa terburu-buru tanpa berfikir panjang. Datang dan pergi sesuka hati dengan atau tanpa diundang. Mengharapkan lebih dari apa yang mampu diberi. Sentiasa merasa sudah cukup sempurna tanpa mencermin diri. Kerana ketidakserasian dan kata2 nista yang dicurah atas ketidaksempurna 0, maka 0 teruskan lagi perjalanan hidup ini untuk bertemu yang seterusnya. Mungkin yang ini dapat menerima baik, buruk dan kelemahan 0.

3.
Yang pertama-tama boleh digambarkan adalah dengan ayat "KASAR". Lurus dan lebih suka berterus-terang tanpa ada perselindungan. Kata-katanya kadangkala boleh menghiris dan menyebabkan luka namun kejujuran dan keterbukaannya yang menarik 0. Tiada kata-kata indah dan berbunga tetapi apa yang diungkap kadangkala boleh menuntun jiwa sebab kata-kata "kasih" dan "cinta" hanya diucap apabila perlu dan kena pada waktu. Baru kini 0 tahu, kata-kata "kasih" dan "cinta" yang jarang diucap sebenarnya lebih indah dan mampu membelai jiwa dan kejujuran yang dipamerkan yang sebenarnya menawan jiwa.

Harapan 0 akan bersinarkah agaknya bersama 3? Tiada siapa yang mempu memberi jawapan yang pasti, hanya yang MAHA ESA, pengatur segalanya...

..............................................................................................................................................

Coretan Lama.....

Dah terlalu lama rasanya aku tak mencoretkan cerita. Terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan kerja. Hearing dan jemputan yang datang bersilih ganti. Kehidupan yang tak terurus sepanjang pemergian mama ke Kota Singa. Hendak menjenguk ke laman sepupu ku juga tidak berkesempatan. Datang saja pejabat, sudah pasti ada kerja yang menanti. Sebelum tidur aku sudah mencongak2 kerja apa yang perlu aku sudah kan esok di pejabat. Entahlah.... itula yang dinamakan kehidupan untuk mencari secebis kesenangan. Bukan mudah untuk mencari suapan yang diberkati Allah dan halal sebenarnya.

Tuesday, December 9, 2008

my COLLECTION


Membelek koleksi lama dari almari usangku membuatkan aku melayang sejenak teringatkan kehidupan masa lalu. Ketika usia sedang melonjak dan kemahuan terhadap libur mengatasi segalanya, lalu langkah2 sumbang itu jua yang ku ambil. Saat tersadung dan tersedar, wajah pertama yang tergambar adalah wajah sugul bonda. Wajah pengharapan agar anak dara sunti yang seorang ini pandai menjaga maruah keluarga dan diri.

Koleksi anting-anting itu hingga kini masih dalam simpanan. Harganya mungkin tidak seberapa, tetapi kenangan dan memori yang dibawa bersama menjadikan ia begitu berharga. Sayang sungguh kalu hendak dibuang dan diberi pada orang. Tapi itulah yang bonda inginkan. Saat bonda melafazkan kata agar diberi pada orang koleksi berharga ku ini, terasa ingin sekali aku menitiskan airmata. Sayang sungguh aku pada koleksi anting-anting aku ini kerana ada diantaranya merupakan pemberian rakan-rakan dan koleksi kenangan bersama kawan-kawan di saat kami membuat perjumpaan setelah semua sibuk dengan kehidupan dan pekerjaan.

Wednesday, November 12, 2008

my monthly horoscope : PISCES

(click at the TITLE for link to ELLE magazine web)

Monthly Horoscope:

For November 2008 : Self-doubt finally begins to ebb this month, at long last. This produces excellent dividends in terms of increased stamina, a willingness to try something new, and personal bravery. Because of a collection of things that literally beat you down and made you very sensitive to perceived criticism, you've been your own worst enemy at times. Well, say buh-bye to that! November crumbles the ancient walls you've built around yourself. These walls served a purpose long ago and even kept you sane during times of great stress. But this is a different point in time and everything has changed - except a number of your thought habits. November encourages you to drop patterns that are so creaky and out of date that they're hardly worth mentioning. You no longer need them to overcome childhood demons from long ago. You have different challenges now and need the focus and clarity to deal with them with more relevant tools. So, tear down the old walls and replace them with a filter that allows stress and tension to exit your space while preventing other people's darkness from entering your space. Visualize that. Make it part of your daily meditation. See yourself in this beautiful membrane that intuitively removes tension or pain from your space and prevents outside torment from getting to you. It's time, Pisces. Get a new toolbox and upgrade the way you conduct your daily life. And don't forget even for a minute that you are the Boss of You. You are not ruled by a colleague, friend, spouse, parent or child. You are one of the smartest, most intuitive and resilient signs in the zodiac. And if you're willing to get out of your own way, you're enormously powerful. November is your breakaway month. Think about your closest alliances and your position in their lives. Do you function as caregiver, or are you an equal partner? Get things out in the open instead of harboring fear and doubt. Cleanse your heart and soul, inside out. Before the end of the month, Uranus (which happens to be in your sign) finally goes direct, giving you the launchpad you need to make changes and move up, up, up. On the same day that Uranus goes direct (the 27th), a New Moon falls in your career, status and image sector. Get the picture? This is one dynamic month, little Fish, and you're gonna LUV it! Monthly touchstone: Pink Sapphire.

Saturday, November 8, 2008

Asam Pedas Linda Onn


Kami kabulkan keinginan yang terpendam
Agar puas merasakan nikmat yang disimpan
Agar mulut tidak lagi kedengaran kata-kata kempunan
Itu sebenarnya tugas dan peranan seorang teman

KIsah Hidup Aku

Kisah Aku a.k.a Awet

Kisah hidup aku bermula sekitar tahun 1999. Ketika tu, aku dalam tingkatan empat dan aku dapat tawaran ke sekolah teknik. Bila dapat tawaran tu, aku termenung dan berfikir sejenak, sanggup ke aku tinggalkan kehidupan dan kawan-kawan aku sekarang. Ana, Sally, Illa, Wan, A’ah, Normah, Ani, Huda, Dale, Shaz, Sarah dan Harina. Kawan-kawan sekepala aku yang suke buat trouble. Sebab tu lah kitorang namakan kumpulan kitaorang “trouble makers”. Siap dengan logo kumpulan lagi, signboard ladies tiolet tu jadi logo kebanggan kumpulan kitaorang. Sanggup ke aku tinggalkan tempat lepak favourite kitorang kat Mc’D Daya Bumi dengan brother-brother cashier yang ensem-ensem. Sanggup ke aku tinggal MGS (Senior Methodist Girl School) yang banyak mencipta kenangan indah zaman persekolahan aku. Kena kejar dengan fleasher*, kena spotcheck ngan guru disiplin giler-giler (Mrs. Peter; huh! Garang giler beb), kena denda sebab tak pakai sleeveless, curi-curi pakai winbreaker* walaupun tak dibenarkan kat sekolah kitorang, larian desa keliling tasik kat taman tasik perdana tu, kedai makan mak wan kat depan sekolah, ayya* kacang yang selalu jual wadeh* ngan maruku yang sedap, pasar jumaat dekat ngan masjid negara yang jadi tempat berlibur kitaorang, surau sekolah yang jadi tempat lepak kitorang setiap hari Jumaat untuk usha* budak-budak MBS (Senior Methodist Boy School) dan VI (Victoria Institution) yang pegi sembahyang Jumaat, Pasar Seni yang jadi medan lepak-lepak kitaorang bila balik sekolah merangkap tempat dating bebudak MGS, nama rumah sukan sekolah yang lain daripada yang lain (Bunce=hijau, Lowe=kuning, Cheng Kim=unggu, Lee=Merah. Aku rumah Cheng Kim; HIDUP CHENG KIM!!!), sukan sekolah yang selalu buat dekat stadium merdeka, bilik PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang jadi tempat ponteng kelas kitaorang, persatuan PRS aku yang best dan macam-macam lagi kenangan indah aku kat MGS; sekolah yang terkenal dengan disiplinnya yang ketat and also one of the premier school kat KL. Tapi aku sayang sekolah tu. Aku rindu MGS dan kawan-kawan aku…

Aku terima tawaran tu dan pergi tinggalkan sekolah dan kawan-kawan aku yang best semata-mata kerana mama. Bila aku kabar kat mama yang aku dapat tawaran tu, aku nampak mata mama terpancar dengan sinar harapan kat aku. Mama mungkin harap aku berubah kalu masuk kat sekolah tu. Aku takkan kuar malam lagi lepak ngan kengkawan aku. Hidup bersosial ngan diorang walaupun selama ini aku tak pernah buat ape-ape kesalahan yang menyusahkan mama. Aku tak merokok dan tak pernah terlintas pun nak cuba benda kejadah tu walaupun kawan-kawan lepak aku boleh dikatakan semuanya merokok. Aku tak pernah buat hal. Cuma aku pernah buat mama kecewa dengan keputusan PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) aku yang hanya 1A, 5B dan 2C. Aku tau mama kecewa. Aku tau aku main-main masa tu. Aku khayal dengan dunia remaja aku yang penuh dengan keriangan. Aku ingat lagi masa tu sehari sebelum exam PMR, aku sempat lagi pegi tengok wayang. Aku tak pernah serious dalam hidup aku. Mungkin mama harap aku berubah. Aku turut kata mama. Aku tak nak kecewakan mama lagi. Mungkin aku akan berubah. Insya’allah…

Sehari sebelum aku masuk kat sekolah teknik tu, kawan-kawan aku raikan aku. Sekali dengan birthday aku (28hb February). Ingat lagi aku akan hari yang bersejarah dan penuh dengan suka duka aku dan “geng trouble makers” aku tu. Diorang memang kawan yang best. Diorang belanje aku makan. Bagi aku hadiah dan kad-kad ucapan yang aku masih simpan sampai hari ni. Kata-kata semangat diorang kat aku. Aku sedih, diorang pun sama tapi aku tau ini mungkin permulaan dalam hidup aku ke arah yang lebih baik. Ingat lagi aku diorang bagi aku hadiah nenas dengan kuih kacang mazola. Sumenye sebab aku suka makan kejadah tu masa kat sekolah. Favourite fruit aku sampai hari ni masih sama; nenas. Sebabnya nenas gak lah yang boleh buat aku ingat dan kenang balik kawan-kawan aku. Aku gembira hari tu walaupun hati aku berat nak tinggalkan diorang dan sekolah kitaorang yang best tu. Aku sayang diorang sume..

Hari pertama aku kat sekolah tu, datang-datang je aku kena gi daftar. Masa tu Kak Ati yang temankan aku. Mama tak dapat sebab kena amik budak sekolah. Lepas daftar, aku kena gi beli barang-barang bengkel kat koperasi. Ape kejadah plak ler barang-barang tu. Bila aku baca dalam list, takde satu benda pun yang aku tau rupe bentuknya. Ahh! Taram jer la. Orang koop tu mesti tau nyer. Last-last, hari tu aku balik bawak satu papan ala-ala playwood ngan pembaris gergasi bentuk T. Aku masuk sekolah tu tanpa tawaran asrama, tapi masa hari pendaftaran tu cikgu kelas aku ader suruh gi apply asrama sebab umah aku bleh gak arr di katakan jauh dari sekolah tu. Aku apply je arr, dapat, dapat, kalu tak pun aku tak kisah.

Keesokkan harinya aku kena gi sekolah sendiri. Pagi-pagi buta lagi aku dah kuar umah sebelum orang azan subuh lg (aku jahat masa tu, mana aku sembahyang). Aku kena pastikan aku dapat bas intrakota yang pertama setiap pagi, kalu tak aku pasti lambat sampai sekolah. Walaupun aku kuar macam tu punya awal, aku sampai kat sekolah lebih kurang 10minit sebelum loceng bunyi. Penat gilos* masa tu. Terkejar-kejar. Dah la minggu tu minggu orentasi. Seminggu selepas tu, aku dapat jawapan asrama. Aku ditempatkan kat asrama sekolah tu. Mama bersyukur sangat masa tu sebab dia risau anak pompuan dia yang sorang je ni kena lalu kat tepi CM (Central Market / Pasar Seni) pagi-pagi dan kena tunggu bas kat Lebuh Ampang. Hati orang tua, biasa ler lagipun aku kan tinggal kat kota metropolitan kuala lumpur yang penuh dengan gelagat dan jenis-jenis manusia yang tak tau asal dari planet mana.

Masa minggu orentasi tu, aku penah gak arr terlambat sampai. Bila masuk dewan sekolah, naik merah padam muka aku sebab sume mata pandang kat aku especially bebudak lelaki. Asal plak arr orang-orang ni, tak pernah nampak awek cun masuk dewan sekolah ker. Ahh!! Lantak pi arr ngan korang, yang penting aku datang sekolah. Aku tak ponteng pun dah cukup bagus tau coz kalu nak ikutkan aku memang permaisuri ponteng sekolah masa kat MGS dulu. Every month rekod kedatangan aku mesti ada palitan color merah. Aku sajer je, tak seronok tengok buku tu dengan tanda hitam jer so aku cantikkan arr sket. Biar ade color and corak. Baru cun. Tul tak? Hehehehe….

Masa hari orentasi tu kitaorang kena dengar ceramah. Balik-balik, ceramah, ucapan, ceramah, ucapan. Takde agenda lain ke. Buat ler majlis tari menari ke. Buat satu dance floor untuk budak-budak buat gimik dance, breakdance ke. Nyanyi-nyanyi ke, karaoke ke. Ini tak, benda yang sama gak jer yang diorang buat. Ngantuk giler. Terangkan pasal disiplin sekolah lah, itu tak bleh, ini tak bleh, fed up giler. Tapi aku tak heran sangat ngan disiplin dan peraturan kat sekolah tu coz kalu nak dibandingkan ngan sekolah lama aku, peraturan sekolah ni, teramat ler longgar sangat. Korang try masuk MGS, baru korang tau penjara ke tak penjara nyer ler sekolah yang aku sayang tu. Muka cikgu yang terangkan pasal peraturan dan disiplin tu pun aku tengok cam bangga giler je. Kalu tak silap aku nama dia Cikgu Yusni. Kalu aku tak silap arr. Agaknye dia ingat peraturan sekolah tu dah cukup ketat giler ler tu. Pirahhhh!!!!

Masa masuk sekolah tu, aku cuma terkejut dan menghadapi “culture shock” pasal satu benda je. Sekolah tu kan campur ngan bebudak lelaki. Aku mana ler biasa. Sekolah aku dulu sume nyer pompuan. Ngan cikgu-cikgu sekali pompuan, takde lelaki cuma masa form 1 and form 2, guru penyelia petang kitorang lelaki. Cina. Encik Tai. Tua bangka dah. Tak layan kitaorang, tak selera pun. So, thats why masa kat sekolah tu aku macam pompuan melayu yang tah keberapa tah. Jalan punyer ler tersipu-sipu, tunduk jer. Kat sekolah lama dulu jangan, cakap jalan macam gengster, kalu duduk dalam class, siap kaki naik kat atas lagi. Nak bukak tudung pun sebarang je. Kadang-kadang gi sekolah aku pakai tudung, bila balik dah togel*. Kat sekolah ni, aku tak bleh buat sume tu sebab satu benda je, sekolah tu campur ngan bebudak lelaki yang kalu dulu aku ngan kengkawan aku tengok macam nampak prince charming, lagi-lagi kalu ensem, bleh hesteria gak arr.

Masa kat dalam dewan tu, orang pertama yang aku berkenalan dan jadi kawan aku nama dia aku dah luper tapi kalu aku tak silap arr nama dia start ngan huruf V. Pakai spek dan tak malu datang kat depan kalu bab soal menyoal. Aku tak masuk ngan dia, so satu hari tu aku tegur sorang budak ni, nama dia Nana (Nora Fauzana). Tengok cam best jer budak ni. Macam masuk kepala je. Aku tegur. Ok gak budak ni tapi dia bukan outsider cam aku, dia budak asrama.

Minggu orentasi tu berjalan ngan boring nyer. Tapi yang paling aku ingat ialah hari terakhir orentasi bila kitaorang kena kumpul dalam satu kumpulan ikut kelas kitaorang masing-masing. Aku budak binaan bangunan so aku dalam kumpulan 4BB. Hari tu ler aku baru kenal dan dapat tengok muke budak-budak kelas aku yang bakal study and jadi classmate aku selama 2 tahun aku kat sini nanti. Not bad. Nampak cam bleh masuk kepala jer. Masa tu kitaorang cuma 11 orang. Norwahidah (Aku a.k.a awet), Fazli (Pali), Ainul Khasanah (Adik), Masturah (mas), Khirzi (Kyzi), Haidir (eidil), Fairuz (P’yus), Zahida (Ida), Liana Mazni (Liana), Mariati (Kutik), dan Wan Md Hazlin Agyl (Along).

Masa kumpul tu kitaorang main permainan raja botol dan banyak lagi lah. Aku tak ingat. Aku cuma ingat permainan raja botol sebab aku lah juara dan raja botol hari tu. Aku asik menang je. Mamat yang kat depan aku pandang aku cam tak puas hati jer. Kalu tak silap, aku dengar dia kenalkan nama dia along tadi. Lantak arr, aku memang terror ape. Dan pada hari tu serta dengan pandangan mamat yang tak puas hati tu ler, kisah hidup aku bermula dan buat aku lebih kenal akan erti hidup sebenarnya. Kenal akan erti cinta, dicintai dan menyintai, erti pengorbanan, erti berkongsi, erti dirindui dan merindui, erti di tipu dan dikecewakan, erti pedihnyer sebuah dugaan dan kenyataan dan segalanya yang buat aku jadi lebih dewasa.

A Very Meaningfull Lyric

Muse Unintended lyrics

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love

Smallpinkheart
I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

Before you…

*very meaning full song by muse. given by someone yang pernah bertakhta kat hati aku suatu waktu dulu. i’m u’r UNINTENDED, i admit that*
m(~_~)m

Friday, October 31, 2008

KUAT kah aku??

Tatkala memikirkan nasib yang menimpa diri, aku selalu bertanya sendiri, KUATkah aku ya ALLAH dalam mengharungi dan menghadapi semua ini. Kerana itu aku sering ingatkan pada diri, siapa pun aku dan cabaran apa pun yang ALLAH datangkan pada ku, aku perlu kuat. Bangun dan terus berdiri dan jangan pernah sekali cuba untuk lari.

Pernah sekali aku terfikir untuk lari. Lari dari kenyataan hidup aku ini. Lari dan cuba untuk bersembunyi dari kenyataan hidup ini. Tapi bila aku sendiri, bersendiri sewaktu melarikan diri, aku tersedar seperti baru terjaga dari mimpi. Kemana aku perlu lari? Dimana aku hendak bersembunyi? Aku tertanya sendiri. Bertanya tanpa ada jawapan yang pasti.

Lalu aku muhasabah diri. Merenung pada takdir dan ketentuan illahi. Ini yang sudah Allah janji dan tentukan buat ku. Ini juga yang perlu aku terima dan hadapi serta harungi. Onak dan duri yang sudah pasti akan menyakitkan diri. Itu sebenarnya jawapan yang paling pasti.

hidup ini INDAH sebenarnya....

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah jadikan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah datangkan pada kita pelbagai dugaan dan cabaran yang menduga.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah hadirkan rasa kasih dan cinta.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah sudah tetapkan siapa pasangan kita dan membiarkan kita sendiri yang berusaha mencarinya.

Hidup ini indah sebenarnya jika kita pandai mencorak dan mengatur perjalanan hidup kita.

Hidup ini indah sebenarnya kerana kadangkala hadirnya perasaan sedih dan berduka.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah wujudkan keluarga dan teman-teman di sekeliling kita.

Hidup ini indah sebenarnya kerana Allah wujudkan airmata.

Hidup ini indah sebenarnya......
Indah bila kita pandai menilainya.
Indah bila kita sentiasa ingat dan redha atas segala ketentuanNYA.
Indah bila kita pandai mentafsir apa yang didatangkan kepada kita.
Indah bila kita melihat dari sudut yang positif dan berbeza.

Sunday, October 19, 2008

Adakah aku yang berSALAH dalam hal ini???

Ya Allah....
adakah aku yang bersalah dalam hal ini?
adakah aku seorang yang jahat kerana membuat keputusan ini?
kejamkah aku dengan keputusan ku ini?
teruk kah aku kerana membuat seseorang merana dan merasai pengalaman pahit yang pernah aku alami dulu?

Ya Allah.....
sesungguhnya kau maha mengetahui,
maha agung dan maha bijaksana.
kau mengetahui baik dan buruk bagi hamba mu ini.
berikan lah aku secebis kekuatan, sedikit petunjuk dalam membuat keputusan.
sesungguhnya Ya Allah, aku benar-benar tidak tahu, apa yang terbaik buat diri ku.

Kisahnya bermula begini............
pengenalan ku singkat benar dengan insan ini.
insan yang kedua mencuri hati.
aku nekad mungkin dia yang Allah bagi dan datangkan kepada ku sebagai ganti.
aku cuba memperbaiki diriku agar jangan sekali lagi hati ku yang lembut ini terhiris dan dilukai oleh seorang insan bernama lelaki.
dalam tempoh pengenalan, aku kuatkan diri.
aku sedar pahit dan manis yang perlu aku tempuhi jika ingin hidup dengan seorang yang bernama lelaki. sebab bagi ku, ini bukan yang pertama kali.

seawal pengenalan ku dengan insan ini, sumenya indah dan nampak berseri.
namun aku sedar, masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi.
selepas setahun pengenalan, sesungguhnya Allah itu Maha Menguji.
cadaran dan dugaan datang satu persatu.
Aku tepis dan aku harungi dengan penuh keazamaan dan tekad dalam hati.
Namun pabila badai besar yang Allah beri dan datangi, aku terheret dan tersungkur sekali lagi.
Aku dibiarkan seperti digantung tak bertali.
di biar terkapai dan berteka teki.
semua soalan dalam hati aku jawap sendiri.
dalam pada mencari jawapan dan ketenangan diri, Allah hadirkan lagi seorang insan bernama lelaki.
namun aku masih belum benar-benar pasti, adakah aku sanggup sekali lagi bermain dengan api dan memberi hati ku yang penuh parut-parut luka ini.
dalam akal dan pikiran yang memanjang, aku tekadkan hati.
tak salahkan kalu aku mencuba sekali lagi?
tak salahkan aku memberi peluang kepada diri?
lalu aku masuk dan terjun kedalamnya.
sedang aku cuba membiasakan diri, dan membuat keputusan yang pasti, insan kedua yang mencuri hati datang sekali lagi menagih janji-janji.
Ya Allah, besar sungguh ujian mu ini.

.............................................................................................

Saturday, October 11, 2008

Beza antara yang Pertama dan Kedua

Bila menyebut tentang pertama dan kedua, ada banyak perbezaanya. Dalam hidup, orang yang hadir pertama dan kedua juga memberi kesan yang berbeza. Dalam percintaan juga begitu hakikatnya. Jika kita hadir dalam hidup seseorang, sama ada kita orang pertama yang hadir atau yang kedua hadir turut juga akan merasa layanan dan persekitaran yang berbeza. Itu bezanya penilaian manusia biasa sebagai hamba yang banyak kurang dari lebihnya. Tapi berbeza jika dilihat dari sudut pandangan tuhan yang menpencipta. Tak kira bila dan tempat ke berapa kau hadir, iman dan taqwa yang membezakan kau disisinya. Itulah penilaian yang Maha Mulia.

Dalam hidup ku, orang yang pertama mencuri hati ku dan orang kedua yang datang dan sekali mencuri hati ku, amat berbeza kesan dan perasaannya. Kalau yang pertama dahulu, angan dan impian ku mencecah hingga ke awan nan biru. Melayang-layang aku dengan angan yang membukit. Hidup bagai terbang dalam angan2 yang indah yang dicipta agar dapat merasa sejuta rasa. Tapi bila hadirnya yang kedua, perasaan cinta dan sayang itu sudah tidak semanis dulu. Namun aku cuba jugak untuk meletakkan sejuta rasa di dalamnya namun gagal segala usaha.
Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Kini, hadir pula yang ketiga cuba untuk mencuri hati. Mencuri hati yang sudah banyak kesan parut yang ditinggalkan oleh insan bernama lelaki. Aku tertanya-tanya adakah aku masih mampu untuk mengulangi semua yang pernah terjadi. Aku tercari-cari masihkah adakah secebis kasih yang boleh kuberi. Entahlah, aku sendiri masih belum pasti.
Sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Tuesday, October 7, 2008

Aidilfitri tahun iNi


Aidilfitri tahun ni, aku sambut sederhana dengan segala keperluan dan kelengkapan rumah di bawah tanggungan ku. Ibu cakap, dia bergantung harapan pada ku, aku lah harapan dia untuk merasa secebis kesenangan. Apa tidaknya, tahun ni, aku beraya dengan poket yang sedikit kembung dari tahun-tahun sebelumnya. Merasa jugak lah aku belikan barang dapur untuk persediaan raya. Macam ayam, daging, dan bahan-bahan basah lain untuk dimasak ibu sehari sebelum lebaran tiba.

Tahun ni, atas idea dan cadangan ku, kami sekeluarga memakai pakaian bertemakan warna "koko" atau lebih glamour lagi jika dipanggil "brown" dalam bahasa orang putehnya.

Malam raya tu aku tido lewat, gosok baju, kemas rumah, masuk kan kuih dalam balang, buat itu ini sampai jarum jam dah menunjukkan pukul 3 pun aku tak sedar. Aku terlena atas katil dengan tak tukar baju tido dan bersihkan muka.

Keesokkan harinya, aku lah orang pertama yang terjaga, lalu aku kejutkan semua kaum keluarga yang masih lena tidurnya. Aku mulakan dengan Ibu yang sememangnya mudah jaganya. Diikuti pula dengan adik-adik yang seharusnya aku curahkan air baru terjaga. Ku laungkan, "woi bangunlah, kan arini hari raya. Jom gi solat raya. Excited aku tahun ni sebab dah 2tahun aku tak dapat solat sunat Aidilfitri atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan sebagai seorang perempuan. Setelah mandi dan bersiap, aku kenekan baju raya ku yang sedondon dengan ibu. Mmmm.... puas sungguh hati ini walaupun banyak dah aku berabis untuk hari raya ni. Setelah sumenye siap sedia, kami jammah sedikit masakan bonda sebelum pergi solat hari raya. Enak sungguh masakan bonda yang tiada tolok tandingannya.

Balik solat raya, kami menunggu abang sekeluarga pula datang untuk sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Abang yang paling tua, sudah semestinya dia yang akan mulakan acara. Setelah abang datang, saat yang paling aku tunggu2 tiba jua. Selesai abang bermaafan dengan bonda dan papa, tiba giliran aku pula. Aku mulakan dengan papa; ayahda tiriku kemudian bonda yang tercinta. Ku minta bonda halalkan makan dan minumku, halalkan setiap titik susu yang diberikan kepadaku. Ku minta bonda maafkan segala salah silap dan keterlanjuran kata ku andainya ada yang mehiris kalbu. Dengan linangan airmata, bonda ku berkata; "tiada yang lebih indah didunia dari melihat aku dilahirkan ke dunia, tiada yang lebih bahagia dari melihat ku membesar dengan airsusu badan bonda, tiada yang lebih nikmat dari melihat aku berjaya. Tiada apa yang bonda harapkan, hanyalah kejayaan dan kesihatan puteri bonda yang seorang".
Ya Allah, terima kasih kerana aku diciptakan untuk menjadi anaknya. Aku cukup bertuah dan aku sayang bonda.

Thursday, July 3, 2008

we learn new things everyday

i believe that everyday, every people in this world would learn a new thing. same goes with me. i learn new things everyday. just like today, i learn and observe a new things by trying to use a komuter services to go to my work place. it's a funny moment when i try to fit my body inside the train yang pack giler2 macam tin sardine. badan dah la macam badak sumbu, lepas tu nak cube2 plak memboloskan diri kat dalam gerabak keretapi tu. memang kelakar. orang memang ramai giler.

hari tu, aku konon2 nya nak gi keje naik komuter lah. ingatkan cepat lah sampai kat pat keje. tapi hampa. dari pukul 6.56am aku tunggu train tak datang2 sampai ke pukul 7.25pagi satu train datang dengan muatan yang sangat penuh macam ikan sardin. aku dengan excitednye cube lah memboloskan dan mem"fit" kan diri kat dalam gerabak tu tapi mintak maaf lah cakap makcik sorang tu. memang dah tak boleh masuk dah. penuh. aku pun dah rasa cam nak pitam dah ni. hehehehehheheheh... aku cakap, takpelah cik, time kasih....

pastu aku pun duduk balik untuk tunggu the next train dan aku tengok jam dah pukul 7.30, ini memang sah2 aku tak sempat sampai opis sebelum pukul lapan ni.... aku cakap dalam hati...
bila next train tu datang, aku dengan sepantas kilat cari pintu gerabak yang aku rasa berpotensi dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk orang keluar dan boleh lah aku memuatkan diri ku yang aku sedar sukar untuk dimuatkan ni... hehehehehe....

memang satu pengalaman yang baru dan aku nekad aritu tak kan cube2 nak naik komuter lagi.... hehehehehe.... serik beb!!

Thursday, May 29, 2008

my dream wedding

huhh... aku tak nak story morry pasal wedding impian aku tapi aku tak tau nape hati ni memberontak untuk aku share dengan sume yang baca blog aku ni tentang wedding impian aku.

sebelum aku putus dengan "burn", kitorang memang dah plan nak tunang dan kawin pastu lepas setahun ikat pertunangan. kalu korang nak tau, aku punyer lah excited masa tu. kat tempat keje ari2 aku search dalam internet tengok gubahan hantaran yang menarik untuk aku buat. aku memang dah plan nak wat sendiri hantaran aku. aku nak mintak tolong cik na aku yang sangat kreatif tu. so started from the day yang kitorang decided untuk tunang tu, aku pun dok lah mencari gubahan hantaran dan sebagainya yang patut....

Dulang Hantaran 1 : Sirih Junjung

Bagi gubahan sirih junjung, aku lebih suka menggunakan konsep yang lebih moden dan tidak terlalu rigid. Pembaharuan perlu dilakukan bagi menampakkan konsep gubahan sirih junjung yang lebih menarik. Kalu dulu orang lebih gemar menggunakan bunga2 dari jenis kekwa dan carnation, tapi kini penggunaan bunga ros lebih menampakkan simbolik yang lebih romantis. Setahu aku, sirih junjung merupakan antara hantaran yang wajib ada dan perlu disertakan di dalam set hantaran di mana ianya merupakan adapt yang diwarisi turun temurun. Pelbagai mitos dan dogeng yang dikaitkan oleh orang2 tua dahulu mengenai aura ataupun kepentingan sirih junjung antaranya ada yang mengatakan jika di dalam satu majlis pertunangan ataupun perkahwinan jika sirih junjung terjatuh ianya memberi gambaran yang buruk akan hubungan mempelai yang berkenaan. Entahlah di mana yang perlu dipercayai tetapi adat dan pegangan orang dulu2 perlu diikut bagi meneruskan adat dan tradisi. Itu yang pasti. So bagi gubahan hantaran yang menjadi favorite aku ialah gubahan sirih junjung yang menggunakan bunga ros. Tampak lebih anggun dan indah. Kalu tidak bunga ros pun, aku nak jugak mengubah sesuatu yang lain dari yang biasa dengan menggunakan bunga daisy yang menjadi bunga kegemaran aku. Mesti cantik kan? Hehehehe......


Dulang hantaran 2 : Al-Quran dan kelengkapan solat

Dalam set hantaran, aku akan pastikan adanya Al-Quran dan kelengkapan solat. Aku kalu bleh nak dapatkan Al-Quran dalam kotak kayu dan bile bukak kotak kalu tu akan jadi rehal kepada Al-Quran yang ada di dalamnya. Nampak exclusive sket. Beside tak payah nak gubah banyak2 sangat dalam menjaga kesucian dan kepentingan Al-quran itu sendiri. Kotak tu aku nak cari yang ada ukiran yang berunsurkan timur tengah. Yang ada unsur-unsur islamic. Dan ada ukiran naka ALLAh dan Muhammad. Mesti cantik. Beserta dengan Al-Quran tu aku nak selitkan juga penunjuk kepada Al-Quran yang juga dari kayu dan mempunyai ukiran yang menarik. Penunjuk Al-Quran bukan sahaja penting tetapi ianya akan melengkapkan lagi set Al-quran dan akan menjadi kenangan ketika kecil dahulu sewaktu pergi ke kelas mengaji dan kita mengaji menggunakan penunjuk al-quran dari lidi satay.

Bagi aku, kelengkapan solat terdiri daripada telekung, sejadah dan juga tasbih. Begitu juga bagi pihak lelaki yang mana set kelengkapan solat terdiri daripada kain pelekat, sejadah, ketayap dan tasbih. Aku taknak gubahan bagi set kelengkapan solat ni terlalu heavy dan menggunakan warna yang terang dan garang tetapi adalah lebih afdal sekiranya menggunakan warna2 pastel yang lembut dan melambangkan kesucian yang diperlukan di dalam solat itu sendiri. Telekung pula aku nak cari yang bunga nya tidak terlalu crowded dan tidak berwarna. Aku nak cari sulam dari bunga goyang yang sedikit mahal dari sulaman biasa. Sulaman dengan benang putih seratus peratus dan fabriknya juga adalah dari fabrik yang lembut dan tidak panas. Bagi aku biar berhabis kat sini sebab kita akan gunakan set kelangkapan solat ni setiap hari selain menjamin keselesaan ketika beribadat dan menghadap ALLAH.

Dulang Hantaran 3 : pemanis mulut / manisan

Pemanis mulut dan manisan. Bab bercerita pasal pemanis mulut dan manisan ni lah bab yang paling best sekali coz aku ada macam2 idea untuk pemanis mulut dan manisan.

bab2 hantaran ni aku particular sket and i have my own checklist apa yang aku nak untuk hantaran. 1st thing, hantaran untuk pemanis mulut yang orang skang selalu bagi coklat, aku nak guna coklat yang bermutu tinggi; "ferrero rocher".... eceh, tak nak kalah tu. and kalu boleh aku nak gubahan ferrero rocher tu sebijik yang macam kat dalam iklan dia tu... tinggi menggunung.... wakakakakaka.... atau paling tidak pun yang macam kat dalam gambar tu.

kek plak, aku nak kek secret recipe. kek favorite bakar, blueberry cheese cake. and aku nak gubah kek tu sama macam kat dalam gambar kek tu tapi tak nak lah sebijik coz aku lebih suke gunakan bunga segar untuk hiasan. atas kek plak aku tak nak tulis macam orang selalu tulis "selamat bertunang si polan dan si polan" tapi aku nak tulis "forever in love" atas kek tu. baru grand and nampak maksud serta simbolik... hah.... canggih tak idea aku? skang aku citer bab hantaran makanan lah dulu yer... coz aku memang suke makan.... hihihihi.....

pastu aku nak add on cup cake dengan gubahan yang comel coz aku memang peminat cup cake. Aku nak gubahan cup cake tu macam yang kat dalam gambar kat sebelah ni. Really admire with the design. Cantik dan comel.



Pastu buah-buahan, yang mana aku nak gubah buahan-buahan ni lain sket dari yang lain. Biar dia tak nampak sangat macam gubahan2 buah-buahan yang sedia ada. Aku nak letak buah2 tu kat dalam sangkar ke, macam yang kat dalam gambar ni ke.... tak pun cara2 gubahan yang lain yang orang lain tak pernah buat. Aku nak guna buah2 yang lain gak. Mungkin jugak durian, manggis, rambutan yang mana merupakan buah-buahan tempatan yang sepatutnya kita banggakan.

Wednesday, May 21, 2008

sibok nyeeeee.....

minggu ni starting from 15 of May, aku memang sibok giler.... terkejar-kejar dengan kerja dan tugas yang aku kena pikul. mana nak wat keje yang bertimbun atas meja tu, mana nak kena pi jaga pameran lagi. sampai aku abaikan insan yang paling aku sayang dalam dunia ni iaitu my beloved mother (Puan Hasnah Ali). selalunya balik keje 4.30ptg aku dah gerak dari opis untuk pi tolong mak aku meniaga jajan kat sekolah but semenjak 2menjak ni, aku selalu je tak dapat tolong mama. everyday sebelum gi keje mama mesti tanya arini datang tolong dia meniaga ke tidak and the only best answer yang aku bleh bagi is just "insya'allah". aku tak nak hampa kan mama. aku tau macam mana mama kalu meniaga sorang2 tapi keje yang banyak dan komitmen yang berat yang aku kena pikul kadang2 buat aku berada serba salah. hari-hari aku mintak pada ALLAH agar ampunkan dosa ku dan mohon agar mama paham situasi aku sekarang.

semenjak sibuk ni, aku dah kurang termenung dan memikirkan masa depan. aku dah kurang rasa sedih memikirkan apa yang pernah terjadi dan yang telah terjadi. walau bagaimana pun, doa aku tidak pernah putus agar ALLAH satukan hati ku dengan hati nya.

nak dijadikan cerita, ahad lepas "dia" datang kat rumah dan mintak untuk berbincang. aku kuatkan hati dan tabahkan diri agar aku tak goyah dan terpedaya dengan kata2 dan janji yang ingin ditaburnya. aku tak nak pisang berbuah 2 kali seperti yang pernah aku lalui bersama "along" dulu. aku diperbodoh2kan oleh "along" dengan kata-kata dan pujuk rayu nya. guys gonna be guys. sama je! mereka ego dan pentingkan diri sendiri. they are selfish! mainkan hati dan perasaan perempuan sesuka hati! tapi yang pasti ALLAh itu adil. jika apa yang mereka lakukan pada hari ini, balasan dari ALLAH akan datang juga pada mereka suatu hari nanti.

hari ni aku duty jaga pameran dan seranta awam pagi, so sebab tu lah dapat tulis banyak sket dalam blog ni. aku pun tak tau sape yang baca blog aku ni tapi walau siapa pun orang yang baca, ini lah tempat aku luahkan segala isi hati. tempat aku nyatakan segala ketidakpuasan dan keyboard ni lah jadi saksi segala coretan aku hari-hari.

aku abis duty 4.30 arini tapi disebabkan ujan, aku stay opis wat ape2 keje yang patut. esok keje lagi, tak tau lah kalu aku tak kaya2 lagi. hehehehehehe.... sabtu ahad aku keje, wesak day aku keje, nak wat camne, nak kumpul beli umah lah katakan..... hehehehehehe.... tapi macam bro'driver yang bawak aku semalam tu cakap, baik aku amik lesen kete, pastu beli kete, nampak sket hartanya.... tapi aku tak minat lah kete. bagi aku, baik aku kumpul duit beli umah. tapi mengikut bro tu, umah aku bleh beli masa dah dapat post tetap kat DBKL ni nanti coz ade skim pinjaman perumahan kerajaan, macam gaji aku ni, dapatlah pinjaman capai sampai 200ribu... tu dah kira okie sangat lah tu. entahlah, macam2 dalam kepala otak aku skang ni. tapi nanti aku sambung lagi lah coz sebenarnya aku memang ade "hot" story na tulis dan citer tapi nanti2 lah biar bai suspen sket... hehehehehe.... jeng3x....

Saturday, May 10, 2008

SUPER BUSY!!

haaaaa.... thats have been a long time i'm not write anything on this blog. i'm super busy rite know preparing a launching for Draf Kuala Lumpur City Plan 2020. I've been given a responsibility to in charge for the participant for the launching. in charge on the "jemputan", "VIP's" and other things yang remeh2. penat!!! beside i'm also TA's for the strategic zone "Sentul Menjalara" and that's the other responsibility that i have to take into account coz they have been relay on TA's for the exhibition.

hari-hari balik keje lewat. wat OT lah konon2 nye. Keje tak penah abis. pas wat jemputan and bende2 remeh, kene focus kat panel pameran pulak. TA lagi yang bertanggungjawab! kadang2 rasa cam kuli gak tapi bile pikir yang i like this work beside my best buddy always said that "keje elok2 and rajin2 tau awet...." aku kuat kan gak semangat kesukanan ku ini. hehehehehehehe....

entahlah, kalu dulu balik lewat ade gak tukang jemput but now kene balik sendiri. jalan menyusuri lebuh ampang sehingga ke stesen Putra LRT Masjid Jamek. buat2 berani je aku ni padahal kecut gak perot mengingatkan banyak kejadian2 jenayah yang berlaku skang ni.

tengah2 banyak keje ni, aku diserang plak sakit. demam, batuk dan selsema. nak wat keje kepala bengang jek. susah tul nak focus! tapi demi keje, aku kuat kan gak semangat! dah lah yang in charge panel pameran pegawai dia wallah huallam "fussy" and lagak "big bossy"! kejap2 datang tanya dah siap ke belum. baru bagi keje 5 minit dah assume kita dah siap. sape tak bengang beb! kalu bangla keje pun bangla bengang! mau gak bangla tu resign and balik kampung tanam jagung!

environment keje kat sini actually not to bad tapi ade gak certain2 benda yang aku tak ngam. contohnya makcik2 yang keje kat sini. susah tul nak jaga hati dorang. kang salah cakap and salah gurau kang terasa hati plak. huh! penat giler. kadang2 rasa cam hipokrit jek! berpura2. tapi nak wat camne, thats the only way untuk aku terus survive kat DBKL ni.

welcome!!!!


Swinging Heart Tag

Wednesday, April 16, 2008

what had HaPPen tO me???

A past few days, i can't concentrate on my work. more dreaming rather than doing my work. keje nak kata tak ade, ade. nak kata tak banyak, boleh tahan gak. i have a lot of work but i can't concentrate in doing my work. fikiran, emosi dan perasaan kacau bilau. mungkin subab "BURN" (my future fiance) buat hal. huh.... its hard to think about him and just forget what he's been doing to me. tapi like what my mum and my friends said, all that had happen to me is from ALLAH s.w.t and as ALLAH "hamba", i shouldn't regret of all the 'qada dan qadar" yang telah ALLAH tentukan untuk aku. Entahlah.....

Pastu masa chatting dalam YM semalam, aku jumpa sorang psycho ni. two days before dia email kat aku gambar dia, aku pun tengok and from his friendster, aku pun dah tau status dia yang dah kawin tapi aku okie je coz for me, aku chatting untuk dapat kawan dan to have fun dari keboringan keje kat opis ni. tapi from the way he's react lepas aku tak balas msg dia dalam YM coz aku kena panggil masuk meeting, dia msg aku cakap macam-macam. nak ketawa pun ade gak coz aku dapat rasa yang mamat sorang ni memang psycho abis. aku malas nak layan and just cakap elok2 untuk undurkan diri. kang aku melantun balik kang, aku gak yang parah. hehehehehehe....

tapi aku conscious gak dari mana dia dapat gambo aku yang cun "belecun" tu. aku rasa dari TAGGED profile aku. lantak mamat tu lah. as long as lepas ni dia tak kaco lagi sudah! kalu dia msg aku dalam YM, aku wat dek je lah pasni. aku story kat mama, mama aku dok marah kat aku plak, cakap sape soh layan laki orang. wakakakakakakaka..... takpe2, mama tak tahu YM tu ape. zaman masa dia kawan2 YM ni belum ade lagi. hehehehehe....

so to dose girl and lady yang baca blog aku ni and suka chat dalam YM, u girls better be careful dengan mamat psycho macam ni. kalu jumpa, cepat2 'gtg'. takut2 depa ni berdendam and kita tak boleh jangka manusia zaman sekarang yang wujud dalam pelbagai bentuk dan "pe'el" ni.

Tuesday, April 15, 2008


RockYou FXText

JusT waNNa maKe ThEm HaPPy

On last Saturday, aku bawak niece dan nephew aku gi jalan-jalan kat taman rama-rama. excited betul budak dua orang tu bile dapat gi kat sana coz memang dah lama aku promise nak bawak cuma masa dan ongkos nya je yang kurang....


So on that day aku angkut dorang gi sana. bawak sekali camera yang achot (my lil' bro) dapat untuk chinese new year contest aritu (Canon Digital Ixus 70). kat sana, aku ade 2 orang camera person yang sangat "expert" dan "berpengalaman" but the only thing is 2 orang camera person aku tu share 1 camera jek! wakakakakaka.... punye nak tergelak aku coz aku dengan mama yang dok jadi dorang 2orang punye model and habis sume gamba rama-rama dan binatang yang ade kat dalam butterfly park tu diorang amik. aku tak kisah coz memang purpose aku bawak diorang 2 orang tu, to make them happy and have a great experience and knowledge at the same time.




Aku dengan mama pun really enjoy that day seeing them happy and have a great day. my nephew (MOhd ThOriQ adAm) tak abis-abis cerita how happy he is dapat gi butterfly park and dapat captured banyak gamba macam sorang jurugambar yang profesional. tapi aku memang tak nafikan yang adam's memang ade talent untuk jadi sorang jurugambar yang baik. most of the pictures yang adam's captured memang cantik and amazingly for the boy on he's aged can captured such a nice pictures like that.


Kakak a.k.a Jannah (my niece) pun not to bad but the only thing is she's over excited on that day sampai wat rakaman video macam video tsunami. abis sume bontot, kaki orang yang dia amik. Jannah ni memang hyper sket kalu dapat gi jalan-jalan. sampai tak boleh control. tapi aku sayang kat dia. dia banyak bergalah kalu dengan adam's coz she's know that she is adam's sister and dia tak kisah pun coz adam's memang koyo boy!




Pas gi butterfly park to fulfill my niece and nephew punye "harapan" dan "impian", aku fulfill plak my beloved mother punyer kehendak dan keinginan untuk makan pizza. pizza memang tak boleh dipisahkan dengan mama. that's is her favorite food sampai bile-bile... kalu perot dah kenyang pun ade pizza depan mata, mama will never let the pizza been eaten by someone else... itulah mama. my greatest mother in the hold world.

So hari tu, aku pun turut happy gak coz dapat gembira kan 3 orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. seeing them happy on that day, make me really 2 happy to. for me, money is not everything in this world but to have such a great and happy moment with those that i love is more important and valuable. PUAS!!!

Monday, April 14, 2008

get to know me!!


Finally, i found something special and the solution to create my own blog.
I've been looking around and surf through the net just to search on how to create one blog thats belong to me and now, the moment of true (cam bagus2 jek!), I'm creating my own blog and start to write something on it. cayalah!!!

its me!!!