Wednesday, November 12, 2008

my monthly horoscope : PISCES

(click at the TITLE for link to ELLE magazine web)

Monthly Horoscope:

For November 2008 : Self-doubt finally begins to ebb this month, at long last. This produces excellent dividends in terms of increased stamina, a willingness to try something new, and personal bravery. Because of a collection of things that literally beat you down and made you very sensitive to perceived criticism, you've been your own worst enemy at times. Well, say buh-bye to that! November crumbles the ancient walls you've built around yourself. These walls served a purpose long ago and even kept you sane during times of great stress. But this is a different point in time and everything has changed - except a number of your thought habits. November encourages you to drop patterns that are so creaky and out of date that they're hardly worth mentioning. You no longer need them to overcome childhood demons from long ago. You have different challenges now and need the focus and clarity to deal with them with more relevant tools. So, tear down the old walls and replace them with a filter that allows stress and tension to exit your space while preventing other people's darkness from entering your space. Visualize that. Make it part of your daily meditation. See yourself in this beautiful membrane that intuitively removes tension or pain from your space and prevents outside torment from getting to you. It's time, Pisces. Get a new toolbox and upgrade the way you conduct your daily life. And don't forget even for a minute that you are the Boss of You. You are not ruled by a colleague, friend, spouse, parent or child. You are one of the smartest, most intuitive and resilient signs in the zodiac. And if you're willing to get out of your own way, you're enormously powerful. November is your breakaway month. Think about your closest alliances and your position in their lives. Do you function as caregiver, or are you an equal partner? Get things out in the open instead of harboring fear and doubt. Cleanse your heart and soul, inside out. Before the end of the month, Uranus (which happens to be in your sign) finally goes direct, giving you the launchpad you need to make changes and move up, up, up. On the same day that Uranus goes direct (the 27th), a New Moon falls in your career, status and image sector. Get the picture? This is one dynamic month, little Fish, and you're gonna LUV it! Monthly touchstone: Pink Sapphire.

Saturday, November 8, 2008

Asam Pedas Linda Onn


Kami kabulkan keinginan yang terpendam
Agar puas merasakan nikmat yang disimpan
Agar mulut tidak lagi kedengaran kata-kata kempunan
Itu sebenarnya tugas dan peranan seorang teman

KIsah Hidup Aku

Kisah Aku a.k.a Awet

Kisah hidup aku bermula sekitar tahun 1999. Ketika tu, aku dalam tingkatan empat dan aku dapat tawaran ke sekolah teknik. Bila dapat tawaran tu, aku termenung dan berfikir sejenak, sanggup ke aku tinggalkan kehidupan dan kawan-kawan aku sekarang. Ana, Sally, Illa, Wan, A’ah, Normah, Ani, Huda, Dale, Shaz, Sarah dan Harina. Kawan-kawan sekepala aku yang suke buat trouble. Sebab tu lah kitorang namakan kumpulan kitaorang “trouble makers”. Siap dengan logo kumpulan lagi, signboard ladies tiolet tu jadi logo kebanggan kumpulan kitaorang. Sanggup ke aku tinggalkan tempat lepak favourite kitorang kat Mc’D Daya Bumi dengan brother-brother cashier yang ensem-ensem. Sanggup ke aku tinggal MGS (Senior Methodist Girl School) yang banyak mencipta kenangan indah zaman persekolahan aku. Kena kejar dengan fleasher*, kena spotcheck ngan guru disiplin giler-giler (Mrs. Peter; huh! Garang giler beb), kena denda sebab tak pakai sleeveless, curi-curi pakai winbreaker* walaupun tak dibenarkan kat sekolah kitorang, larian desa keliling tasik kat taman tasik perdana tu, kedai makan mak wan kat depan sekolah, ayya* kacang yang selalu jual wadeh* ngan maruku yang sedap, pasar jumaat dekat ngan masjid negara yang jadi tempat berlibur kitaorang, surau sekolah yang jadi tempat lepak kitorang setiap hari Jumaat untuk usha* budak-budak MBS (Senior Methodist Boy School) dan VI (Victoria Institution) yang pegi sembahyang Jumaat, Pasar Seni yang jadi medan lepak-lepak kitaorang bila balik sekolah merangkap tempat dating bebudak MGS, nama rumah sukan sekolah yang lain daripada yang lain (Bunce=hijau, Lowe=kuning, Cheng Kim=unggu, Lee=Merah. Aku rumah Cheng Kim; HIDUP CHENG KIM!!!), sukan sekolah yang selalu buat dekat stadium merdeka, bilik PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang jadi tempat ponteng kelas kitaorang, persatuan PRS aku yang best dan macam-macam lagi kenangan indah aku kat MGS; sekolah yang terkenal dengan disiplinnya yang ketat and also one of the premier school kat KL. Tapi aku sayang sekolah tu. Aku rindu MGS dan kawan-kawan aku…

Aku terima tawaran tu dan pergi tinggalkan sekolah dan kawan-kawan aku yang best semata-mata kerana mama. Bila aku kabar kat mama yang aku dapat tawaran tu, aku nampak mata mama terpancar dengan sinar harapan kat aku. Mama mungkin harap aku berubah kalu masuk kat sekolah tu. Aku takkan kuar malam lagi lepak ngan kengkawan aku. Hidup bersosial ngan diorang walaupun selama ini aku tak pernah buat ape-ape kesalahan yang menyusahkan mama. Aku tak merokok dan tak pernah terlintas pun nak cuba benda kejadah tu walaupun kawan-kawan lepak aku boleh dikatakan semuanya merokok. Aku tak pernah buat hal. Cuma aku pernah buat mama kecewa dengan keputusan PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) aku yang hanya 1A, 5B dan 2C. Aku tau mama kecewa. Aku tau aku main-main masa tu. Aku khayal dengan dunia remaja aku yang penuh dengan keriangan. Aku ingat lagi masa tu sehari sebelum exam PMR, aku sempat lagi pegi tengok wayang. Aku tak pernah serious dalam hidup aku. Mungkin mama harap aku berubah. Aku turut kata mama. Aku tak nak kecewakan mama lagi. Mungkin aku akan berubah. Insya’allah…

Sehari sebelum aku masuk kat sekolah teknik tu, kawan-kawan aku raikan aku. Sekali dengan birthday aku (28hb February). Ingat lagi aku akan hari yang bersejarah dan penuh dengan suka duka aku dan “geng trouble makers” aku tu. Diorang memang kawan yang best. Diorang belanje aku makan. Bagi aku hadiah dan kad-kad ucapan yang aku masih simpan sampai hari ni. Kata-kata semangat diorang kat aku. Aku sedih, diorang pun sama tapi aku tau ini mungkin permulaan dalam hidup aku ke arah yang lebih baik. Ingat lagi aku diorang bagi aku hadiah nenas dengan kuih kacang mazola. Sumenye sebab aku suka makan kejadah tu masa kat sekolah. Favourite fruit aku sampai hari ni masih sama; nenas. Sebabnya nenas gak lah yang boleh buat aku ingat dan kenang balik kawan-kawan aku. Aku gembira hari tu walaupun hati aku berat nak tinggalkan diorang dan sekolah kitaorang yang best tu. Aku sayang diorang sume..

Hari pertama aku kat sekolah tu, datang-datang je aku kena gi daftar. Masa tu Kak Ati yang temankan aku. Mama tak dapat sebab kena amik budak sekolah. Lepas daftar, aku kena gi beli barang-barang bengkel kat koperasi. Ape kejadah plak ler barang-barang tu. Bila aku baca dalam list, takde satu benda pun yang aku tau rupe bentuknya. Ahh! Taram jer la. Orang koop tu mesti tau nyer. Last-last, hari tu aku balik bawak satu papan ala-ala playwood ngan pembaris gergasi bentuk T. Aku masuk sekolah tu tanpa tawaran asrama, tapi masa hari pendaftaran tu cikgu kelas aku ader suruh gi apply asrama sebab umah aku bleh gak arr di katakan jauh dari sekolah tu. Aku apply je arr, dapat, dapat, kalu tak pun aku tak kisah.

Keesokkan harinya aku kena gi sekolah sendiri. Pagi-pagi buta lagi aku dah kuar umah sebelum orang azan subuh lg (aku jahat masa tu, mana aku sembahyang). Aku kena pastikan aku dapat bas intrakota yang pertama setiap pagi, kalu tak aku pasti lambat sampai sekolah. Walaupun aku kuar macam tu punya awal, aku sampai kat sekolah lebih kurang 10minit sebelum loceng bunyi. Penat gilos* masa tu. Terkejar-kejar. Dah la minggu tu minggu orentasi. Seminggu selepas tu, aku dapat jawapan asrama. Aku ditempatkan kat asrama sekolah tu. Mama bersyukur sangat masa tu sebab dia risau anak pompuan dia yang sorang je ni kena lalu kat tepi CM (Central Market / Pasar Seni) pagi-pagi dan kena tunggu bas kat Lebuh Ampang. Hati orang tua, biasa ler lagipun aku kan tinggal kat kota metropolitan kuala lumpur yang penuh dengan gelagat dan jenis-jenis manusia yang tak tau asal dari planet mana.

Masa minggu orentasi tu, aku penah gak arr terlambat sampai. Bila masuk dewan sekolah, naik merah padam muka aku sebab sume mata pandang kat aku especially bebudak lelaki. Asal plak arr orang-orang ni, tak pernah nampak awek cun masuk dewan sekolah ker. Ahh!! Lantak pi arr ngan korang, yang penting aku datang sekolah. Aku tak ponteng pun dah cukup bagus tau coz kalu nak ikutkan aku memang permaisuri ponteng sekolah masa kat MGS dulu. Every month rekod kedatangan aku mesti ada palitan color merah. Aku sajer je, tak seronok tengok buku tu dengan tanda hitam jer so aku cantikkan arr sket. Biar ade color and corak. Baru cun. Tul tak? Hehehehe….

Masa hari orentasi tu kitaorang kena dengar ceramah. Balik-balik, ceramah, ucapan, ceramah, ucapan. Takde agenda lain ke. Buat ler majlis tari menari ke. Buat satu dance floor untuk budak-budak buat gimik dance, breakdance ke. Nyanyi-nyanyi ke, karaoke ke. Ini tak, benda yang sama gak jer yang diorang buat. Ngantuk giler. Terangkan pasal disiplin sekolah lah, itu tak bleh, ini tak bleh, fed up giler. Tapi aku tak heran sangat ngan disiplin dan peraturan kat sekolah tu coz kalu nak dibandingkan ngan sekolah lama aku, peraturan sekolah ni, teramat ler longgar sangat. Korang try masuk MGS, baru korang tau penjara ke tak penjara nyer ler sekolah yang aku sayang tu. Muka cikgu yang terangkan pasal peraturan dan disiplin tu pun aku tengok cam bangga giler je. Kalu tak silap aku nama dia Cikgu Yusni. Kalu aku tak silap arr. Agaknye dia ingat peraturan sekolah tu dah cukup ketat giler ler tu. Pirahhhh!!!!

Masa masuk sekolah tu, aku cuma terkejut dan menghadapi “culture shock” pasal satu benda je. Sekolah tu kan campur ngan bebudak lelaki. Aku mana ler biasa. Sekolah aku dulu sume nyer pompuan. Ngan cikgu-cikgu sekali pompuan, takde lelaki cuma masa form 1 and form 2, guru penyelia petang kitorang lelaki. Cina. Encik Tai. Tua bangka dah. Tak layan kitaorang, tak selera pun. So, thats why masa kat sekolah tu aku macam pompuan melayu yang tah keberapa tah. Jalan punyer ler tersipu-sipu, tunduk jer. Kat sekolah lama dulu jangan, cakap jalan macam gengster, kalu duduk dalam class, siap kaki naik kat atas lagi. Nak bukak tudung pun sebarang je. Kadang-kadang gi sekolah aku pakai tudung, bila balik dah togel*. Kat sekolah ni, aku tak bleh buat sume tu sebab satu benda je, sekolah tu campur ngan bebudak lelaki yang kalu dulu aku ngan kengkawan aku tengok macam nampak prince charming, lagi-lagi kalu ensem, bleh hesteria gak arr.

Masa kat dalam dewan tu, orang pertama yang aku berkenalan dan jadi kawan aku nama dia aku dah luper tapi kalu aku tak silap arr nama dia start ngan huruf V. Pakai spek dan tak malu datang kat depan kalu bab soal menyoal. Aku tak masuk ngan dia, so satu hari tu aku tegur sorang budak ni, nama dia Nana (Nora Fauzana). Tengok cam best jer budak ni. Macam masuk kepala je. Aku tegur. Ok gak budak ni tapi dia bukan outsider cam aku, dia budak asrama.

Minggu orentasi tu berjalan ngan boring nyer. Tapi yang paling aku ingat ialah hari terakhir orentasi bila kitaorang kena kumpul dalam satu kumpulan ikut kelas kitaorang masing-masing. Aku budak binaan bangunan so aku dalam kumpulan 4BB. Hari tu ler aku baru kenal dan dapat tengok muke budak-budak kelas aku yang bakal study and jadi classmate aku selama 2 tahun aku kat sini nanti. Not bad. Nampak cam bleh masuk kepala jer. Masa tu kitaorang cuma 11 orang. Norwahidah (Aku a.k.a awet), Fazli (Pali), Ainul Khasanah (Adik), Masturah (mas), Khirzi (Kyzi), Haidir (eidil), Fairuz (P’yus), Zahida (Ida), Liana Mazni (Liana), Mariati (Kutik), dan Wan Md Hazlin Agyl (Along).

Masa kumpul tu kitaorang main permainan raja botol dan banyak lagi lah. Aku tak ingat. Aku cuma ingat permainan raja botol sebab aku lah juara dan raja botol hari tu. Aku asik menang je. Mamat yang kat depan aku pandang aku cam tak puas hati jer. Kalu tak silap, aku dengar dia kenalkan nama dia along tadi. Lantak arr, aku memang terror ape. Dan pada hari tu serta dengan pandangan mamat yang tak puas hati tu ler, kisah hidup aku bermula dan buat aku lebih kenal akan erti hidup sebenarnya. Kenal akan erti cinta, dicintai dan menyintai, erti pengorbanan, erti berkongsi, erti dirindui dan merindui, erti di tipu dan dikecewakan, erti pedihnyer sebuah dugaan dan kenyataan dan segalanya yang buat aku jadi lebih dewasa.

A Very Meaningfull Lyric

Muse Unintended lyrics

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love

Smallpinkheart
I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

Before you…

*very meaning full song by muse. given by someone yang pernah bertakhta kat hati aku suatu waktu dulu. i’m u’r UNINTENDED, i admit that*
m(~_~)m