Thursday, May 29, 2008

my dream wedding

huhh... aku tak nak story morry pasal wedding impian aku tapi aku tak tau nape hati ni memberontak untuk aku share dengan sume yang baca blog aku ni tentang wedding impian aku.

sebelum aku putus dengan "burn", kitorang memang dah plan nak tunang dan kawin pastu lepas setahun ikat pertunangan. kalu korang nak tau, aku punyer lah excited masa tu. kat tempat keje ari2 aku search dalam internet tengok gubahan hantaran yang menarik untuk aku buat. aku memang dah plan nak wat sendiri hantaran aku. aku nak mintak tolong cik na aku yang sangat kreatif tu. so started from the day yang kitorang decided untuk tunang tu, aku pun dok lah mencari gubahan hantaran dan sebagainya yang patut....

Dulang Hantaran 1 : Sirih Junjung

Bagi gubahan sirih junjung, aku lebih suka menggunakan konsep yang lebih moden dan tidak terlalu rigid. Pembaharuan perlu dilakukan bagi menampakkan konsep gubahan sirih junjung yang lebih menarik. Kalu dulu orang lebih gemar menggunakan bunga2 dari jenis kekwa dan carnation, tapi kini penggunaan bunga ros lebih menampakkan simbolik yang lebih romantis. Setahu aku, sirih junjung merupakan antara hantaran yang wajib ada dan perlu disertakan di dalam set hantaran di mana ianya merupakan adapt yang diwarisi turun temurun. Pelbagai mitos dan dogeng yang dikaitkan oleh orang2 tua dahulu mengenai aura ataupun kepentingan sirih junjung antaranya ada yang mengatakan jika di dalam satu majlis pertunangan ataupun perkahwinan jika sirih junjung terjatuh ianya memberi gambaran yang buruk akan hubungan mempelai yang berkenaan. Entahlah di mana yang perlu dipercayai tetapi adat dan pegangan orang dulu2 perlu diikut bagi meneruskan adat dan tradisi. Itu yang pasti. So bagi gubahan hantaran yang menjadi favorite aku ialah gubahan sirih junjung yang menggunakan bunga ros. Tampak lebih anggun dan indah. Kalu tidak bunga ros pun, aku nak jugak mengubah sesuatu yang lain dari yang biasa dengan menggunakan bunga daisy yang menjadi bunga kegemaran aku. Mesti cantik kan? Hehehehe......


Dulang hantaran 2 : Al-Quran dan kelengkapan solat

Dalam set hantaran, aku akan pastikan adanya Al-Quran dan kelengkapan solat. Aku kalu bleh nak dapatkan Al-Quran dalam kotak kayu dan bile bukak kotak kalu tu akan jadi rehal kepada Al-Quran yang ada di dalamnya. Nampak exclusive sket. Beside tak payah nak gubah banyak2 sangat dalam menjaga kesucian dan kepentingan Al-quran itu sendiri. Kotak tu aku nak cari yang ada ukiran yang berunsurkan timur tengah. Yang ada unsur-unsur islamic. Dan ada ukiran naka ALLAh dan Muhammad. Mesti cantik. Beserta dengan Al-Quran tu aku nak selitkan juga penunjuk kepada Al-Quran yang juga dari kayu dan mempunyai ukiran yang menarik. Penunjuk Al-Quran bukan sahaja penting tetapi ianya akan melengkapkan lagi set Al-quran dan akan menjadi kenangan ketika kecil dahulu sewaktu pergi ke kelas mengaji dan kita mengaji menggunakan penunjuk al-quran dari lidi satay.

Bagi aku, kelengkapan solat terdiri daripada telekung, sejadah dan juga tasbih. Begitu juga bagi pihak lelaki yang mana set kelengkapan solat terdiri daripada kain pelekat, sejadah, ketayap dan tasbih. Aku taknak gubahan bagi set kelengkapan solat ni terlalu heavy dan menggunakan warna yang terang dan garang tetapi adalah lebih afdal sekiranya menggunakan warna2 pastel yang lembut dan melambangkan kesucian yang diperlukan di dalam solat itu sendiri. Telekung pula aku nak cari yang bunga nya tidak terlalu crowded dan tidak berwarna. Aku nak cari sulam dari bunga goyang yang sedikit mahal dari sulaman biasa. Sulaman dengan benang putih seratus peratus dan fabriknya juga adalah dari fabrik yang lembut dan tidak panas. Bagi aku biar berhabis kat sini sebab kita akan gunakan set kelangkapan solat ni setiap hari selain menjamin keselesaan ketika beribadat dan menghadap ALLAH.

Dulang Hantaran 3 : pemanis mulut / manisan

Pemanis mulut dan manisan. Bab bercerita pasal pemanis mulut dan manisan ni lah bab yang paling best sekali coz aku ada macam2 idea untuk pemanis mulut dan manisan.

bab2 hantaran ni aku particular sket and i have my own checklist apa yang aku nak untuk hantaran. 1st thing, hantaran untuk pemanis mulut yang orang skang selalu bagi coklat, aku nak guna coklat yang bermutu tinggi; "ferrero rocher".... eceh, tak nak kalah tu. and kalu boleh aku nak gubahan ferrero rocher tu sebijik yang macam kat dalam iklan dia tu... tinggi menggunung.... wakakakakaka.... atau paling tidak pun yang macam kat dalam gambar tu.

kek plak, aku nak kek secret recipe. kek favorite bakar, blueberry cheese cake. and aku nak gubah kek tu sama macam kat dalam gambar kek tu tapi tak nak lah sebijik coz aku lebih suke gunakan bunga segar untuk hiasan. atas kek plak aku tak nak tulis macam orang selalu tulis "selamat bertunang si polan dan si polan" tapi aku nak tulis "forever in love" atas kek tu. baru grand and nampak maksud serta simbolik... hah.... canggih tak idea aku? skang aku citer bab hantaran makanan lah dulu yer... coz aku memang suke makan.... hihihihi.....

pastu aku nak add on cup cake dengan gubahan yang comel coz aku memang peminat cup cake. Aku nak gubahan cup cake tu macam yang kat dalam gambar kat sebelah ni. Really admire with the design. Cantik dan comel.



Pastu buah-buahan, yang mana aku nak gubah buahan-buahan ni lain sket dari yang lain. Biar dia tak nampak sangat macam gubahan2 buah-buahan yang sedia ada. Aku nak letak buah2 tu kat dalam sangkar ke, macam yang kat dalam gambar ni ke.... tak pun cara2 gubahan yang lain yang orang lain tak pernah buat. Aku nak guna buah2 yang lain gak. Mungkin jugak durian, manggis, rambutan yang mana merupakan buah-buahan tempatan yang sepatutnya kita banggakan.

Wednesday, May 21, 2008

sibok nyeeeee.....

minggu ni starting from 15 of May, aku memang sibok giler.... terkejar-kejar dengan kerja dan tugas yang aku kena pikul. mana nak wat keje yang bertimbun atas meja tu, mana nak kena pi jaga pameran lagi. sampai aku abaikan insan yang paling aku sayang dalam dunia ni iaitu my beloved mother (Puan Hasnah Ali). selalunya balik keje 4.30ptg aku dah gerak dari opis untuk pi tolong mak aku meniaga jajan kat sekolah but semenjak 2menjak ni, aku selalu je tak dapat tolong mama. everyday sebelum gi keje mama mesti tanya arini datang tolong dia meniaga ke tidak and the only best answer yang aku bleh bagi is just "insya'allah". aku tak nak hampa kan mama. aku tau macam mana mama kalu meniaga sorang2 tapi keje yang banyak dan komitmen yang berat yang aku kena pikul kadang2 buat aku berada serba salah. hari-hari aku mintak pada ALLAH agar ampunkan dosa ku dan mohon agar mama paham situasi aku sekarang.

semenjak sibuk ni, aku dah kurang termenung dan memikirkan masa depan. aku dah kurang rasa sedih memikirkan apa yang pernah terjadi dan yang telah terjadi. walau bagaimana pun, doa aku tidak pernah putus agar ALLAH satukan hati ku dengan hati nya.

nak dijadikan cerita, ahad lepas "dia" datang kat rumah dan mintak untuk berbincang. aku kuatkan hati dan tabahkan diri agar aku tak goyah dan terpedaya dengan kata2 dan janji yang ingin ditaburnya. aku tak nak pisang berbuah 2 kali seperti yang pernah aku lalui bersama "along" dulu. aku diperbodoh2kan oleh "along" dengan kata-kata dan pujuk rayu nya. guys gonna be guys. sama je! mereka ego dan pentingkan diri sendiri. they are selfish! mainkan hati dan perasaan perempuan sesuka hati! tapi yang pasti ALLAh itu adil. jika apa yang mereka lakukan pada hari ini, balasan dari ALLAH akan datang juga pada mereka suatu hari nanti.

hari ni aku duty jaga pameran dan seranta awam pagi, so sebab tu lah dapat tulis banyak sket dalam blog ni. aku pun tak tau sape yang baca blog aku ni tapi walau siapa pun orang yang baca, ini lah tempat aku luahkan segala isi hati. tempat aku nyatakan segala ketidakpuasan dan keyboard ni lah jadi saksi segala coretan aku hari-hari.

aku abis duty 4.30 arini tapi disebabkan ujan, aku stay opis wat ape2 keje yang patut. esok keje lagi, tak tau lah kalu aku tak kaya2 lagi. hehehehehehe.... sabtu ahad aku keje, wesak day aku keje, nak wat camne, nak kumpul beli umah lah katakan..... hehehehehehe.... tapi macam bro'driver yang bawak aku semalam tu cakap, baik aku amik lesen kete, pastu beli kete, nampak sket hartanya.... tapi aku tak minat lah kete. bagi aku, baik aku kumpul duit beli umah. tapi mengikut bro tu, umah aku bleh beli masa dah dapat post tetap kat DBKL ni nanti coz ade skim pinjaman perumahan kerajaan, macam gaji aku ni, dapatlah pinjaman capai sampai 200ribu... tu dah kira okie sangat lah tu. entahlah, macam2 dalam kepala otak aku skang ni. tapi nanti aku sambung lagi lah coz sebenarnya aku memang ade "hot" story na tulis dan citer tapi nanti2 lah biar bai suspen sket... hehehehehe.... jeng3x....

Saturday, May 10, 2008

SUPER BUSY!!

haaaaa.... thats have been a long time i'm not write anything on this blog. i'm super busy rite know preparing a launching for Draf Kuala Lumpur City Plan 2020. I've been given a responsibility to in charge for the participant for the launching. in charge on the "jemputan", "VIP's" and other things yang remeh2. penat!!! beside i'm also TA's for the strategic zone "Sentul Menjalara" and that's the other responsibility that i have to take into account coz they have been relay on TA's for the exhibition.

hari-hari balik keje lewat. wat OT lah konon2 nye. Keje tak penah abis. pas wat jemputan and bende2 remeh, kene focus kat panel pameran pulak. TA lagi yang bertanggungjawab! kadang2 rasa cam kuli gak tapi bile pikir yang i like this work beside my best buddy always said that "keje elok2 and rajin2 tau awet...." aku kuat kan gak semangat kesukanan ku ini. hehehehehehehe....

entahlah, kalu dulu balik lewat ade gak tukang jemput but now kene balik sendiri. jalan menyusuri lebuh ampang sehingga ke stesen Putra LRT Masjid Jamek. buat2 berani je aku ni padahal kecut gak perot mengingatkan banyak kejadian2 jenayah yang berlaku skang ni.

tengah2 banyak keje ni, aku diserang plak sakit. demam, batuk dan selsema. nak wat keje kepala bengang jek. susah tul nak focus! tapi demi keje, aku kuat kan gak semangat! dah lah yang in charge panel pameran pegawai dia wallah huallam "fussy" and lagak "big bossy"! kejap2 datang tanya dah siap ke belum. baru bagi keje 5 minit dah assume kita dah siap. sape tak bengang beb! kalu bangla keje pun bangla bengang! mau gak bangla tu resign and balik kampung tanam jagung!

environment keje kat sini actually not to bad tapi ade gak certain2 benda yang aku tak ngam. contohnya makcik2 yang keje kat sini. susah tul nak jaga hati dorang. kang salah cakap and salah gurau kang terasa hati plak. huh! penat giler. kadang2 rasa cam hipokrit jek! berpura2. tapi nak wat camne, thats the only way untuk aku terus survive kat DBKL ni.

welcome!!!!


Swinging Heart Tag