Saturday, March 7, 2009

dan KENANGAN itu....

Melihat cincin di jari membuatkan aku tertanya sendiri. Benarkah kini aku sudah jadi tunangan orang? Tanpa ada majlis seperti yang di idam dan di impi, kini status ku telah berganti dari tiada ikatan kepada sebuah ikatan yang masih 50-50.

Bila memikirkan hari bersejarah yang menjadi saksi, setitik air mata ku gugur di pipi. Entah kenapa begitu sayu rasa hati. Bukan ini yang aku impi. Bukan ini yang aku rancangkan. Bukan tidak suka pada ikatan yang telah termetri, cuma pada cara dan bagaimana ianya terjadi membuatkan aku sayu hati.

Angan2 ku tinggi menggunung. Menginginkan sebuah majlis pertunangan yang sempurna seperti orang lain. Yang mengikut adat dan acara. Yang sekurang-kurangnya adalah juga satu dua gambar yang boleh ku buat tatapan hari-hari. Yang dapat ku tunjukkan pada rakan-rakan sebagai bukti. Yang dapat aku simpan buat tatapan anak dan cucu. Agar dapat aku cerita dan bangga kan pada mereka satu hari nanti. Paling tidak pun dapat aku buat cerita. Pengalaman dan kenangan itu yang aku mahu sebenarnya. Bukan niat untuk menunjuk2 dan bangga diri, tapi lebih pada kepuasan hati sendiri. Orang mungkin tidak tahu betapa bernilainya sebuah kenangan dan pengalaman menjalin satu ikatan itu. Lagi2 sekira ianya mengikut adat dan acara. aLangkah indah rasanya.

..........................................................................................................................