Thursday, May 28, 2009

-SeNYuM-

Aku tak paham kalau orang selalu bermuka masam. Aku tak paham kalau orang selalu tarik muka dan buat muka. Aku tak paham kalu orang tak senyum. Aku tak paham kalau orang selalu angin pasang satu badan. Aku selalu cube letakkan manis pada wajah dengan tersenyum. Bagi ku senyum itu indah. Ubat awet muda. Penawar bagi hati yang duka nestapa. Sebab tu aku tak paham kalau orang sentiasa bermasam muka dan sukar benar untuk mengukirkan senyuman. Bukannya susah untuk senyum. Tapi itu hakikat yang perlu diterima, tak semua manusia boleh bermanis wajah sedangkan hati gundah gulana. Aku mungkin sudah biasa. Sudah biasa berpura-pura dengan senyuman. Walau hati tak senang tapi aku cuba juga mengukirkan senyuman pada sesiapa sahaja yang ada. Senyum itu buat aku rasa lebih lega. Biar orang nak kata aku berpura-pura tapi aku senyum kerana aku ikhlas melakukannya dan senyum yang aku lemparkan merupakan ubat mujarab buat mengubati hatiku yang gundah gulana dan kecewa.

Oleh itu wahai semua yang ada senyum dan tersenyumlah sepanjang masa kerana senyum itu akan buat mu bahagia. Percayalah.

Ku titipkan lagu SENYUM untuk dinyanyikan dan dibuat renungan...

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum.. membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


..............................................................................................

No comments: