Thursday, April 30, 2009

Tahniah Adik Ku


Selasa yang lalu, adik ku telah menerima segulung ijazah secara rasminya di majlis konvokesyen ke 18, Politeknik Port Dickson dan aku sebagai kakak yang bangga atas kejayaannya itu hanya memerhati dan menyimpan rasa bangga dalam hati.

Kalungan emas dan anugerah ketua jabatan yang diterima membuatkan aku rasa sayu hati. Sepatutnya aku juga seperti kamu. Memakai kalungan emas kebanggaan semasa majlis konvokesyen ku dulu. Tapi hanya kerana satu kegagalan yang disebabkan oleh insan bernama lelaki. Aku tersungkur dan kalungan itu terlepas dari genggaman ku.

Sudahlah, kata hati. Yang lepas usah dikenang2 lagi. Yang pasti adik ku telah menebus kegagalan ku itu. Kalungan emas yang diterima dan dipakai sekurang2nya membuatkan aku rasa terbalas. Paling tidak pun ada juga dalam keluarga ku yang merasa memakai kalungan emas itu. Itu sudah cukup baik buatku.

Sekali lagi, tahniah adik ku. Aku bangga dengan kejayaan mu itu. Saat melihat kau naik kepentas dan menerima segulung ijazah dan anugerah itu, aku lihat ibu tersenyum bangga dan bergenang airmata. Mungkin terbalas sudah segala penat dan usaha membesarkan mu.

Tahniah sekali lagi dari kakak mu.


...............................................................................................................

1 comment:

Hartini Omar said...

wah.. acot dah grad ek.. congrats congrats.. keje leklok plak. kumpul duit banyak2 haa..