Monday, April 20, 2009

lain ORANG lain RAGAM

Dalam usia ku yang dah menjangkau alam dewasa ini, aku semakin kenal dunia dan buka mata dalam banyak perkara. Minda lebih terbuka luas dan kenal dengan lebih ramai orang dan dalam mengenali lebih ramai orang dalam dunia/alam dewasa ini, aku semakin terbuka mata tentang pelbagai ragam dan kerenah manusia.

Ada mereka yang aku kenal mempunyai sifat dan kelakuan yang aneh. Ada yang malas. Ada yang rajin. Ada yang baran. Ada yang angin pasang. Ada yang moody tak bertempat. Ada yang tiba-tiba tarik muka dan buat orang lain takut nak bertegur sapa. Ada yang tiba-tiba datang angin tanpa tahu sebab musabab nye dan bile ditegur buat dek aje...

Kadang-kadang bile memikirkan gelagat manusia yang pelbagai ni, aku sering tertawa sendiri. Aku pun tentu ada ragam ku sendiri cuma beza manusia ini adalah dalam mengawal ragam mereka. Ada yang angin tanpa dapat dikawal dan orang lain yang jadi sasaran. Ada yang entah kenapa tiba-tiba jadi pendiam tanpa sebab. Aku juga ada angin dan ragam ku. Aku juga kadangkala moody tapi aku selalu ingatkan diri agar jangan hamburkan kemarahan dan menunjukkan moody ku pada orang. Aku tahu bagaimana rasanya sebab aku kadangkala terkena. Hatiku kadangkala tersentuh kerana aku tak tahu apa kesalahan ku. Pada siapa yang dimarahkannya pun tidak aku tahu. Tiba-tiba je bertukar pendiam dan teguran tak berjawab. Aku masih ingat pesan ustazah ku masa di sekolah rendah dahulu. Kalu tingkah dan kelakuan kita membuatkan orang sekeliling tidak selesa dan berasa hati, maka dosa lah yang kita terima. Salah satu contoh yang paling mudah adalah kelakuan berbisik kerana berbisik dikhalayak ramai sehingga menimbulkan syak wasangka dan menyentuh hati orang disekeliling kita, itu sudah dikira berdosa.

Aku bukan mahir soal agama serta dosa dan pahala tapi aku sentiasa ingatkan diri agar hati orang disekeliling ku dapat aku jaga. Aku juga bukan manusia yang sempurna tapi semua terpulang pada diri sendiri dengan cara muhasabah diri bagaimana kita perlu jaga ragam dan tingkah laku kita sekurang-kurangnya orang selesa dengan kita. Bagi aku itu yang penting sebenarnya. *titik* - selesai luahan rasa (aku terasa hati sebenarnya tapi biarlah rasa hati ini aku simpan dan pendam sahaja)

...............................................................................................

No comments: