Saturday, April 25, 2009

Merah itu Indah

Lihatlah semua keindahan warna merah. Merah itu berani dan kelihatan sempurna. Gabungkan lah merah dengan apa juga warna, merah pasti akan tetap menyerlah. Merah itu indah. Merah itu menghidupkan. Membangkitkan satu kepuasan. Membangkitkan satu rasa. Rasa semangat yang sangat membara. Kenapa bukan warna lain menjadi pilihan hati? Aku tiada jawapan yang pasti, kerana merah telah menawan hati. Bergembiralah dengan warna ini. Warna buat mereka yang berani.


No comments: