Thursday, January 22, 2009

Kerana WAHID itu SATU

Kerana "wahid" itu satu, maka jalannya tak pernah bengkok. Jalannya lurus tapi kadangkala angin lintang dan halangan yang didepan membuat laluannya berubah haluan.

Kerana "wahid" itu satu, maka paksinya juga satu. Berpegang pada satu tiang, pada satu tunjang dan insya'allah peganganya tidak akan goyah dan paksinya akan terus kukuh sebagai tempat berpegang.

Kerana "wahid" itu satu, maka cinta yang lahir dari hatinya juga satu. Yang dikasihi juga satu. Yang disayangi juga satu. Yang disanjungi juga satu. Tidak akan pernah menjadi dua kerana terang-terangan hati yang boleh diberi hanyalah satu.

Kerana "wahid" itu satu, maka hatinya jadi sensitif seperti semalu. Yang kuncup bila ditiup angin dan badai. Yang kuncup bila disentuh orang. Kerana lembutnya hati yang satu maka mudah juga luka datang bertamu.

dan....

Kerana "wahid" itu satu, maka akan terus tegaklah ia sebagai satu... Amin.

No comments: