Friday, December 19, 2008

Beza 1, 2 & 3

1.
SATU itu manja. Yang sentiasa inginkan perhatian dan kata2 sayang. Yang sentiasa melafazkan kata2 yang membuat hati senang. Segak dan tampan tetapi tidak berapa disukai orang. Petah berbicara dan berkata2. Boleh diajak untuk berbahas. Tetapi mungkin 0 yang tidak sempurna membuatkan 1 mencari gantinya. Tidak sepadan mungkin, atau tidak enak bila "satu" dipanggil "sepuluh" bila digandingkan dengan "sifar". Lalu pergilah 0 mencari 2, agar 2 menerima dan rela digelar "duapuluh".

2.
Tidaklah sesegak dan setampan 1 tapi boleh dikatakan ada rupa. Selalu omong kosong dan tiada bicara yang berunsurkan fakta. Bicara lebih kepada kehidupan sekarang dan bukan masa depan. Langkahnya sentiasa terburu-buru tanpa berfikir panjang. Datang dan pergi sesuka hati dengan atau tanpa diundang. Mengharapkan lebih dari apa yang mampu diberi. Sentiasa merasa sudah cukup sempurna tanpa mencermin diri. Kerana ketidakserasian dan kata2 nista yang dicurah atas ketidaksempurna 0, maka 0 teruskan lagi perjalanan hidup ini untuk bertemu yang seterusnya. Mungkin yang ini dapat menerima baik, buruk dan kelemahan 0.

3.
Yang pertama-tama boleh digambarkan adalah dengan ayat "KASAR". Lurus dan lebih suka berterus-terang tanpa ada perselindungan. Kata-katanya kadangkala boleh menghiris dan menyebabkan luka namun kejujuran dan keterbukaannya yang menarik 0. Tiada kata-kata indah dan berbunga tetapi apa yang diungkap kadangkala boleh menuntun jiwa sebab kata-kata "kasih" dan "cinta" hanya diucap apabila perlu dan kena pada waktu. Baru kini 0 tahu, kata-kata "kasih" dan "cinta" yang jarang diucap sebenarnya lebih indah dan mampu membelai jiwa dan kejujuran yang dipamerkan yang sebenarnya menawan jiwa.

Harapan 0 akan bersinarkah agaknya bersama 3? Tiada siapa yang mempu memberi jawapan yang pasti, hanya yang MAHA ESA, pengatur segalanya...

..............................................................................................................................................

3 comments:

Unknown said...

syng sy mengaku memang saya x pandai nak mungungkapkan kata2 cinta, kasih & sayang..lebih2 lagi sewaktu awak berada dlm keadaaan yang sukar..
saya memang kasar tp percaya la awak hati saya x sekasar yang awak sangkakan, tuhan itu maha kaya sering kali mengunji saya, insyaallah dengan berkat doa dan kesabaran serta izin dari nya saya sy tidak akan mengecewakan awak sayang...

Hartini Omar said...

haih, memang hebat entri ni. berjaya ditulis dengan teliti dan SANGAT baik sekali

syabas, seriously im impressed!

tengkujuh said...

THANKS YEYE...
SEGAN NYA SEPUPU SENDIRI YANG BACA BUT WHAT HAS BEEN WRITTEN IS THE FACT AND THE REALITY THAT SHOULD BE ACCEPT BY EVERYBODY.
WEWET TIDAK MENGARANG SETIAP BARIS AYAT DI DALAMNYA TAPI JARI-JARI NI YANG BERLARI DI ATAS KEYBOARD MENGIKUT APA YANG DIKATAKAN OLEH HATI.