Saturday, October 11, 2008

Beza antara yang Pertama dan Kedua

Bila menyebut tentang pertama dan kedua, ada banyak perbezaanya. Dalam hidup, orang yang hadir pertama dan kedua juga memberi kesan yang berbeza. Dalam percintaan juga begitu hakikatnya. Jika kita hadir dalam hidup seseorang, sama ada kita orang pertama yang hadir atau yang kedua hadir turut juga akan merasa layanan dan persekitaran yang berbeza. Itu bezanya penilaian manusia biasa sebagai hamba yang banyak kurang dari lebihnya. Tapi berbeza jika dilihat dari sudut pandangan tuhan yang menpencipta. Tak kira bila dan tempat ke berapa kau hadir, iman dan taqwa yang membezakan kau disisinya. Itulah penilaian yang Maha Mulia.

Dalam hidup ku, orang yang pertama mencuri hati ku dan orang kedua yang datang dan sekali mencuri hati ku, amat berbeza kesan dan perasaannya. Kalau yang pertama dahulu, angan dan impian ku mencecah hingga ke awan nan biru. Melayang-layang aku dengan angan yang membukit. Hidup bagai terbang dalam angan2 yang indah yang dicipta agar dapat merasa sejuta rasa. Tapi bila hadirnya yang kedua, perasaan cinta dan sayang itu sudah tidak semanis dulu. Namun aku cuba jugak untuk meletakkan sejuta rasa di dalamnya namun gagal segala usaha.
Aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Kini, hadir pula yang ketiga cuba untuk mencuri hati. Mencuri hati yang sudah banyak kesan parut yang ditinggalkan oleh insan bernama lelaki. Aku tertanya-tanya adakah aku masih mampu untuk mengulangi semua yang pernah terjadi. Aku tercari-cari masihkah adakah secebis kasih yang boleh kuberi. Entahlah, aku sendiri masih belum pasti.
Sekali lagi aku pasrah dengan ketentuan Illahi.

2 comments:

Hartini Omar said...

kadang2 bukan masalah pertama, kedua, ketiga atau yg seterusnya. tetapi masalah hati yg semakin belajar untuk lebih berhati-hati

perpisahan dgn yg pertama dan pengenalan dgn yg kedua itu adalah hikmah untuk membuktikan bahawa ada manusia yg lebih layak berpasangan dgn kita

ingat, kadang2 mmg kita rasa yg pertama itu sudah cukup 'baik dan sempurna', tetapi kita lupa bahawa dia tidak semestinya "baik dan sempurna untuk kita"..

-teruskan menulis wewet. hatimu pasti terisi dan tidak kekosongan lagi..

tengkujuh said...

terima kasih yeye atas nasihat yang diberi.
itulah sebenarnya masalah sekeping hati.
cukup mudah dicuri dan dilukai.

entahlah, namun wewet selalu pasrah dengan ketentuan illahi.