Sunday, October 19, 2008

Adakah aku yang berSALAH dalam hal ini???

Ya Allah....
adakah aku yang bersalah dalam hal ini?
adakah aku seorang yang jahat kerana membuat keputusan ini?
kejamkah aku dengan keputusan ku ini?
teruk kah aku kerana membuat seseorang merana dan merasai pengalaman pahit yang pernah aku alami dulu?

Ya Allah.....
sesungguhnya kau maha mengetahui,
maha agung dan maha bijaksana.
kau mengetahui baik dan buruk bagi hamba mu ini.
berikan lah aku secebis kekuatan, sedikit petunjuk dalam membuat keputusan.
sesungguhnya Ya Allah, aku benar-benar tidak tahu, apa yang terbaik buat diri ku.

Kisahnya bermula begini............
pengenalan ku singkat benar dengan insan ini.
insan yang kedua mencuri hati.
aku nekad mungkin dia yang Allah bagi dan datangkan kepada ku sebagai ganti.
aku cuba memperbaiki diriku agar jangan sekali lagi hati ku yang lembut ini terhiris dan dilukai oleh seorang insan bernama lelaki.
dalam tempoh pengenalan, aku kuatkan diri.
aku sedar pahit dan manis yang perlu aku tempuhi jika ingin hidup dengan seorang yang bernama lelaki. sebab bagi ku, ini bukan yang pertama kali.

seawal pengenalan ku dengan insan ini, sumenya indah dan nampak berseri.
namun aku sedar, masih jauh perjalanan yang perlu aku tempuhi.
selepas setahun pengenalan, sesungguhnya Allah itu Maha Menguji.
cadaran dan dugaan datang satu persatu.
Aku tepis dan aku harungi dengan penuh keazamaan dan tekad dalam hati.
Namun pabila badai besar yang Allah beri dan datangi, aku terheret dan tersungkur sekali lagi.
Aku dibiarkan seperti digantung tak bertali.
di biar terkapai dan berteka teki.
semua soalan dalam hati aku jawap sendiri.
dalam pada mencari jawapan dan ketenangan diri, Allah hadirkan lagi seorang insan bernama lelaki.
namun aku masih belum benar-benar pasti, adakah aku sanggup sekali lagi bermain dengan api dan memberi hati ku yang penuh parut-parut luka ini.
dalam akal dan pikiran yang memanjang, aku tekadkan hati.
tak salahkan kalu aku mencuba sekali lagi?
tak salahkan aku memberi peluang kepada diri?
lalu aku masuk dan terjun kedalamnya.
sedang aku cuba membiasakan diri, dan membuat keputusan yang pasti, insan kedua yang mencuri hati datang sekali lagi menagih janji-janji.
Ya Allah, besar sungguh ujian mu ini.

.............................................................................................

No comments: