Thursday, May 29, 2008

my dream wedding

huhh... aku tak nak story morry pasal wedding impian aku tapi aku tak tau nape hati ni memberontak untuk aku share dengan sume yang baca blog aku ni tentang wedding impian aku.

sebelum aku putus dengan "burn", kitorang memang dah plan nak tunang dan kawin pastu lepas setahun ikat pertunangan. kalu korang nak tau, aku punyer lah excited masa tu. kat tempat keje ari2 aku search dalam internet tengok gubahan hantaran yang menarik untuk aku buat. aku memang dah plan nak wat sendiri hantaran aku. aku nak mintak tolong cik na aku yang sangat kreatif tu. so started from the day yang kitorang decided untuk tunang tu, aku pun dok lah mencari gubahan hantaran dan sebagainya yang patut....

Dulang Hantaran 1 : Sirih Junjung

Bagi gubahan sirih junjung, aku lebih suka menggunakan konsep yang lebih moden dan tidak terlalu rigid. Pembaharuan perlu dilakukan bagi menampakkan konsep gubahan sirih junjung yang lebih menarik. Kalu dulu orang lebih gemar menggunakan bunga2 dari jenis kekwa dan carnation, tapi kini penggunaan bunga ros lebih menampakkan simbolik yang lebih romantis. Setahu aku, sirih junjung merupakan antara hantaran yang wajib ada dan perlu disertakan di dalam set hantaran di mana ianya merupakan adapt yang diwarisi turun temurun. Pelbagai mitos dan dogeng yang dikaitkan oleh orang2 tua dahulu mengenai aura ataupun kepentingan sirih junjung antaranya ada yang mengatakan jika di dalam satu majlis pertunangan ataupun perkahwinan jika sirih junjung terjatuh ianya memberi gambaran yang buruk akan hubungan mempelai yang berkenaan. Entahlah di mana yang perlu dipercayai tetapi adat dan pegangan orang dulu2 perlu diikut bagi meneruskan adat dan tradisi. Itu yang pasti. So bagi gubahan hantaran yang menjadi favorite aku ialah gubahan sirih junjung yang menggunakan bunga ros. Tampak lebih anggun dan indah. Kalu tidak bunga ros pun, aku nak jugak mengubah sesuatu yang lain dari yang biasa dengan menggunakan bunga daisy yang menjadi bunga kegemaran aku. Mesti cantik kan? Hehehehe......


Dulang hantaran 2 : Al-Quran dan kelengkapan solat

Dalam set hantaran, aku akan pastikan adanya Al-Quran dan kelengkapan solat. Aku kalu bleh nak dapatkan Al-Quran dalam kotak kayu dan bile bukak kotak kalu tu akan jadi rehal kepada Al-Quran yang ada di dalamnya. Nampak exclusive sket. Beside tak payah nak gubah banyak2 sangat dalam menjaga kesucian dan kepentingan Al-quran itu sendiri. Kotak tu aku nak cari yang ada ukiran yang berunsurkan timur tengah. Yang ada unsur-unsur islamic. Dan ada ukiran naka ALLAh dan Muhammad. Mesti cantik. Beserta dengan Al-Quran tu aku nak selitkan juga penunjuk kepada Al-Quran yang juga dari kayu dan mempunyai ukiran yang menarik. Penunjuk Al-Quran bukan sahaja penting tetapi ianya akan melengkapkan lagi set Al-quran dan akan menjadi kenangan ketika kecil dahulu sewaktu pergi ke kelas mengaji dan kita mengaji menggunakan penunjuk al-quran dari lidi satay.

Bagi aku, kelengkapan solat terdiri daripada telekung, sejadah dan juga tasbih. Begitu juga bagi pihak lelaki yang mana set kelengkapan solat terdiri daripada kain pelekat, sejadah, ketayap dan tasbih. Aku taknak gubahan bagi set kelengkapan solat ni terlalu heavy dan menggunakan warna yang terang dan garang tetapi adalah lebih afdal sekiranya menggunakan warna2 pastel yang lembut dan melambangkan kesucian yang diperlukan di dalam solat itu sendiri. Telekung pula aku nak cari yang bunga nya tidak terlalu crowded dan tidak berwarna. Aku nak cari sulam dari bunga goyang yang sedikit mahal dari sulaman biasa. Sulaman dengan benang putih seratus peratus dan fabriknya juga adalah dari fabrik yang lembut dan tidak panas. Bagi aku biar berhabis kat sini sebab kita akan gunakan set kelangkapan solat ni setiap hari selain menjamin keselesaan ketika beribadat dan menghadap ALLAH.

Dulang Hantaran 3 : pemanis mulut / manisan

Pemanis mulut dan manisan. Bab bercerita pasal pemanis mulut dan manisan ni lah bab yang paling best sekali coz aku ada macam2 idea untuk pemanis mulut dan manisan.

bab2 hantaran ni aku particular sket and i have my own checklist apa yang aku nak untuk hantaran. 1st thing, hantaran untuk pemanis mulut yang orang skang selalu bagi coklat, aku nak guna coklat yang bermutu tinggi; "ferrero rocher".... eceh, tak nak kalah tu. and kalu boleh aku nak gubahan ferrero rocher tu sebijik yang macam kat dalam iklan dia tu... tinggi menggunung.... wakakakakaka.... atau paling tidak pun yang macam kat dalam gambar tu.

kek plak, aku nak kek secret recipe. kek favorite bakar, blueberry cheese cake. and aku nak gubah kek tu sama macam kat dalam gambar kek tu tapi tak nak lah sebijik coz aku lebih suke gunakan bunga segar untuk hiasan. atas kek plak aku tak nak tulis macam orang selalu tulis "selamat bertunang si polan dan si polan" tapi aku nak tulis "forever in love" atas kek tu. baru grand and nampak maksud serta simbolik... hah.... canggih tak idea aku? skang aku citer bab hantaran makanan lah dulu yer... coz aku memang suke makan.... hihihihi.....

pastu aku nak add on cup cake dengan gubahan yang comel coz aku memang peminat cup cake. Aku nak gubahan cup cake tu macam yang kat dalam gambar kat sebelah ni. Really admire with the design. Cantik dan comel.



Pastu buah-buahan, yang mana aku nak gubah buahan-buahan ni lain sket dari yang lain. Biar dia tak nampak sangat macam gubahan2 buah-buahan yang sedia ada. Aku nak letak buah2 tu kat dalam sangkar ke, macam yang kat dalam gambar ni ke.... tak pun cara2 gubahan yang lain yang orang lain tak pernah buat. Aku nak guna buah2 yang lain gak. Mungkin jugak durian, manggis, rambutan yang mana merupakan buah-buahan tempatan yang sepatutnya kita banggakan.

2 comments:

Hartini Omar said...

i pray so that ur dreams come true! =P bile tu??

tengkujuh said...

thanks yeye...
it's just my dream wedding.
tak tau lah bile makbul nya. i just pray and ask ALLAH for the dreams to become true.