minggu ni starting from 15 of May, aku memang sibok giler.... terkejar-kejar dengan kerja dan tugas yang aku kena pikul. mana nak wat keje yang bertimbun atas meja tu, mana nak kena pi jaga pameran lagi. sampai aku abaikan insan yang paling aku sayang dalam dunia ni iaitu my beloved mother (Puan Hasnah Ali). selalunya balik keje 4.30ptg aku dah gerak dari opis untuk pi tolong mak aku meniaga jajan kat sekolah but semenjak 2menjak ni, aku selalu je tak dapat tolong mama. everyday sebelum gi keje mama mesti tanya arini datang tolong dia meniaga ke tidak and the only best answer yang aku bleh bagi is just "insya'allah". aku tak nak hampa kan mama. aku tau macam mana mama kalu meniaga sorang2 tapi keje yang banyak dan komitmen yang berat yang aku kena pikul kadang2 buat aku berada serba salah. hari-hari aku mintak pada ALLAH agar ampunkan dosa ku dan mohon agar mama paham situasi aku sekarang.
semenjak sibuk ni, aku dah kurang termenung dan memikirkan masa depan. aku dah kurang rasa sedih memikirkan apa yang pernah terjadi dan yang telah terjadi. walau bagaimana pun, doa aku tidak pernah putus agar ALLAH satukan hati ku dengan hati nya.
nak dijadikan cerita, ahad lepas "dia" datang kat rumah dan mintak untuk berbincang. aku kuatkan hati dan tabahkan diri agar aku tak goyah dan terpedaya dengan kata2 dan janji yang ingin ditaburnya. aku tak nak pisang berbuah 2 kali seperti yang pernah aku lalui bersama "along" dulu. aku diperbodoh2kan oleh "along" dengan kata-kata dan pujuk rayu nya. guys gonna be guys. sama je! mereka ego dan pentingkan diri sendiri. they are selfish! mainkan hati dan perasaan perempuan sesuka hati! tapi yang pasti ALLAh itu adil. jika apa yang mereka lakukan pada hari ini, balasan dari ALLAH akan datang juga pada mereka suatu hari nanti.
hari ni aku duty jaga pameran dan seranta awam pagi, so sebab tu lah dapat tulis banyak sket dalam blog ni. aku pun tak tau sape yang baca blog aku ni tapi walau siapa pun orang yang baca, ini lah tempat aku luahkan segala isi hati. tempat aku nyatakan segala ketidakpuasan dan keyboard ni lah jadi saksi segala coretan aku hari-hari.
aku abis duty 4.30 arini tapi disebabkan ujan, aku stay opis wat ape2 keje yang patut. esok keje lagi, tak tau lah kalu aku tak kaya2 lagi. hehehehehehe.... sabtu ahad aku keje, wesak day aku keje, nak wat camne, nak kumpul beli umah lah katakan..... hehehehehehe.... tapi macam bro'driver yang bawak aku semalam tu cakap, baik aku amik lesen kete, pastu beli kete, nampak sket hartanya.... tapi aku tak minat lah kete. bagi aku, baik aku kumpul duit beli umah. tapi mengikut bro tu, umah aku bleh beli masa dah dapat post tetap kat DBKL ni nanti coz ade skim pinjaman perumahan kerajaan, macam gaji aku ni, dapatlah pinjaman capai sampai 200ribu... tu dah kira okie sangat lah tu. entahlah, macam2 dalam kepala otak aku skang ni. tapi nanti aku sambung lagi lah coz sebenarnya aku memang ade "hot" story na tulis dan citer tapi nanti2 lah biar bai suspen sket... hehehehehe.... jeng3x....
pENYIBUK
12 years ago
No comments:
Post a Comment