Monday, January 26, 2009

Ada seperti Tiada

Saat duduk sendirian, aku melayang sejenak memikirkan masa depan. Memikirkan tentang nasib diri. Tentang pencapaian hidup aku selama ini. Saat terfikirkan hubungan kasih yang tercipta, airmata ku tiba-tiba mengalir deras. Tanpa aku tahu mengapa. Tanpa aku paksa ia terus mengalir jua.

Saat duduk sendirian begini, aku gemar mengunakan sebaik masa untuk melengkapkan segala yang kurang dan cuba memperbaiki diri. Aku gemar muhasabah diri. Memikirkan apa lagi kurang dalam hidup ku ini.

Saat aku duduk sendirian begini, pasti ada juga yang mengganggu. Kawan2 yang menelefon atau paling tidak pun menghantar pesanan ringkas bertanyakan khabar. Hah... mengeluh aku sebentar memikirkan diri yang ada tetapi seperti tiada. Begitu mendalam maksudnya dan sukar untuk aku luahkan.

Saat aku duduk sendirian begini, masa lalu sering datang bertamu. Membuatkan pelbagai rasa wujud di dalam dada. Mengenangkan kisah cinta dahulu, aku sering tertawa dan bersedih. Kadangkala aku rasa bertuah kerana Allah memilih ku untuk merasakan semua ini. Rasa suka dan duka yang menjadi pemanis suatu kehidupan.

Saat aku duduk sendirian begini seringkali aku memikirkan, kenapa aku di sini. Kenapa aku tidak keluar dan bergembira. Menghabiskan sisa2 usia muda sebelum melangkah ke alam dewasa dan mungkin alam rumah tangga yang banyak halangan dan batasnya.

Saat aku duduk sendirian begini seringkali membuatkan aku terfikir kata2 rakan yang kadangkala saje bertanya menguji tahap kesabaran diri. "Kenapa boring wet, apa guna ada kekasih hati..". Soalan mereka sering buat aku tersenyum dalam tangis. Tanpa aku sedari, aku bertanya pada diri, apa maksud sebuah hubungan sebenarnya. Apa yang aku ingin dan dahagakan dari sebuah perhubungan sebenarnya. Apa yang dikatakan nikmat sebuah hubungan kasih? Adakah dengan menghabiskan masa sendirian begini. Mencuba untuk menyibukkan diri agar semua masa terluang yang ada terisi?

Ya Allah, hipokrit kah hamba mu ini kerana berpura-pura dan menjawab semua soalan yang diutara diri sendiri...

No comments: