Date : 16 Mei 2009 Venue : NurLembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor Note : We having such a great time and enjoy every moment that we have on that day.
Aku tak paham kalau orang selalu bermuka masam. Aku tak paham kalau orang selalu tarik muka dan buat muka. Aku tak paham kalu orang tak senyum. Aku tak paham kalau orang selalu angin pasang satu badan. Aku selalu cube letakkan manis pada wajah dengan tersenyum. Bagi ku senyum itu indah. Ubat awet muda. Penawar bagi hati yang duka nestapa. Sebab tu aku tak paham kalau orang sentiasa bermasam muka dan sukar benar untuk mengukirkan senyuman. Bukannya susah untuk senyum. Tapi itu hakikat yang perlu diterima, tak semua manusia boleh bermanis wajah sedangkan hati gundah gulana. Aku mungkin sudah biasa. Sudah biasa berpura-pura dengan senyuman. Walau hati tak senang tapi aku cuba juga mengukirkan senyuman pada sesiapa sahaja yang ada. Senyum itu buat aku rasa lebih lega. Biar orang nak kata aku berpura-pura tapi aku senyum kerana aku ikhlas melakukannya dan senyum yang aku lemparkan merupakan ubat mujarab buat mengubati hatiku yang gundah gulana dan kecewa.
Oleh itu wahai semua yang ada senyum dan tersenyumlah sepanjang masa kerana senyum itu akan buat mu bahagia. Percayalah.
Ku titipkan lagu SENYUM untuk dinyanyikan dan dibuat renungan...
Senyum seindah suria Yang membawa cahya Senyumlah dari hati Dunia mu berseri
Senyum umpama titian Dalam kehidupan Kau tersenyum ku tersenyum Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua Senyumanmu amatlah berharga Senyum.. membahagiakan Dengan senyuman terjalinlah Ikatan... ..............................................................................................
Kan bagus kalau takde manusia bernama lelaki dalam dunia. Menyusahkan jer. Tak pernah beri kesenangan. Pagi-pagi dah stress dengan manusia bernama lelaki. Lepas tu call lah satu lagi manusia bernama lelaki. Konon2 bleh hilangkan tekanan yang ditanggung. Makin tertekan lagi adalah. Hanya bila ingat pada Yang Maha Kaya, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pengampun, hanya pada yang SATU ini buat hati ku kembali tenang. Setenang air di muara. Kerana ku tahu yang aku masih ada DIA; tempat ku memohon dan meminta, tempat ku mengadu dan berserah. Amin... Terima Kasih Yang SATU kerana mengingatkan mu aku kembali tenang... Alhamdulillah...
Just wanna share with everybody out there that finally i've got my couple tee shirt. After macam-macam yang jadi. Payment that i bank in into maria's account dia tak dapat la. Dengan nak tunggu sampai "My Soul-Mate" couple shirt ada stok lagi. chewah!, macam hebat sangat je halangan dan rintangan tu. Walaupun apa pun, i really excited bila received the tees yesterday. Tak sabo2 nak balik umah and try. Best sangat and next month insya'allah nak order satu lagi; XUPERMAN i will buy you......
*credit and thank you to maria for good service and nice tees.
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha menyayangi.
Semalam entah kenapa aku rasa tiada semangat untuk kerja. Terasa sia-sia dan diperguna. Rasa macam orang bodoh yang diperbodoh-bodoh. Namun aku kuatkan semangat dan tetapkan tekad. Aku katakan pada diri dan bisikkan pada hati, aku ke sini untuk mencari sesuap nasi. Untuk memperoleh rezeki. Rezeki yang halal untuk aku salurkan pada ibu, adik-adik dan anak-anak buah ku yang tersayang. Tapi aku masih rasa tak puas hati. Tak banyak kerja yang aku dapat lakukan dan sudahkan. Terasa rugi sebab mensia-siakan masa yang ada. Namun apalah yang dapat aku lakukan jika hati dan perasaan tak tenang.
Hari ni, ketika bersiap untuk ke tempat kerja, telinga ku menangkap suara ceramah ustaz dari corong radio yang dipasang ibu, tentang keikhlasan dalam melakukan kerja. Keikhlasan untuk mendapat redha dan keberkatan ALLAH. Ya ALLAH, sesungguhnya kau maha mengetahui. Kau berikan petunjuk dan panduan ketika hati dan fikiran ku kusut dan dalam aku mencongak-congak untuk pergi atau tidak ke tempat kerja hari ni. Hati rasa berat sungguh untuk bangun pagi tadi. Terasa malas sungguh untuk menghadapi rencah dunia dan ragam manusia. Kalu boleh aku teruskan hidup sendirian di dalam gua, sudah pasti aku dirikan rumah dan bina kampung di dalamnya. Tinggal sendirian di dalam gua tanpa menghiraukan apa yang jadi di luar sana. Tapi itu bukan yang dituntut ALLAH. ALLAH mahukan umatnya menyeimbangkan antara akhirat dan dunia. Bekerja juga merupakan tuntutannya. Kerja yang aku lakukan juga merupakan satu ibadat kata ustaz dalam ceramah yang aku dengar pagi tadi. Jika ikhlas melakukan kerja, maka akan redha ALLAH dengan umatnya, berkatlah segala kerja yang dilakukan. Bila berkat kerja yang ikhlas itu dilakukan, maka ianya sudah dikira ibadat. Ganjaran pahala yang ALLAH janjikan. Subahanallah... Indahnya ISLAM.
Reading has been my passion since I was first introduced to books at the age of 9. My father, when he was alive, would read to my brothers and me.Every material he delivered was like a story to us.He would afterwards get us into the mood of “discussing” the subject and that was the hype of the event. I suppose that was his way of making us remember.
I applied the same technique to my nephew and niece and amazingly, it helped them too.They remembered the little details that we usually overlook.Their enthusiasm and alertness encouraged me more to search more material relating to the subject.
Those little events we perform daily actually shaped my desire to teach.I cannot think of any better vocation than being a lecturer.My perception of lecturing is that it is a performance by educators who do not actually teach but one who shares knowledge with developing minds and vice versa.He enhances the development of a learning individual.
Complacency is an unfamiliar term for me.I would not want to envelop myself with envy while others achieve their Masters and PHd.I want to be an achiever too and I know my aspiration has no boundaries.I want to be the first to set precedence in my average family.
Until the end of my time, I will always hear my father’s voice ringing in my ears quoting Luqman Al Hakim
"SESUNGGUHNYA, KEBIJAKSANAAN TELAH MENEMPATKAN ORANG-ORANG MISKIN DI TEMPAT RAJA-RAJA".
satu ari tengah dok searching cari laman web for wedding, i found this interesting blog that sale cute couple shirt. cantik and really intresting. so ape lagi, terus rang up my fiance untuk bagitau and nak mintak permission untuk beli. when he said ok, gembira sangat and down here a few couple shirt yang menarik hati and most of the cute design dah sold out so i have to decide untuk pilih yang masih ada stock lagi..
Link : http://red104-shop.blogspot.com/ ..........................................................................................................
Selasa yang lalu, adik ku telah menerima segulung ijazah secara rasminya di majlis konvokesyen ke 18, Politeknik Port Dickson dan aku sebagai kakak yang bangga atas kejayaannya itu hanya memerhati dan menyimpan rasa bangga dalam hati.
Kalungan emas dan anugerah ketua jabatan yang diterima membuatkan aku rasa sayu hati. Sepatutnya aku juga seperti kamu. Memakai kalungan emas kebanggaan semasa majlis konvokesyen ku dulu. Tapi hanya kerana satu kegagalan yang disebabkan oleh insan bernama lelaki. Aku tersungkur dan kalungan itu terlepas dari genggaman ku.
Sudahlah, kata hati. Yang lepas usah dikenang2 lagi. Yang pasti adik ku telah menebus kegagalan ku itu. Kalungan emas yang diterima dan dipakai sekurang2nya membuatkan aku rasa terbalas. Paling tidak pun ada juga dalam keluarga ku yang merasa memakai kalungan emas itu. Itu sudah cukup baik buatku.
Sekali lagi, tahniah adik ku. Aku bangga dengan kejayaan mu itu. Saat melihat kau naik kepentas dan menerima segulung ijazah dan anugerah itu, aku lihat ibu tersenyum bangga dan bergenang airmata. Mungkin terbalas sudah segala penat dan usaha membesarkan mu.
Lihatlah semua keindahan warna merah. Merah itu berani dan kelihatan sempurna. Gabungkan lah merah dengan apa juga warna, merah pasti akan tetap menyerlah. Merah itu indah. Merah itu menghidupkan. Membangkitkan satu kepuasan. Membangkitkan satu rasa. Rasa semangat yang sangat membara. Kenapa bukan warna lain menjadi pilihan hati? Aku tiada jawapan yang pasti, kerana merah telah menawan hati. Bergembiralah dengan warna ini. Warna buat mereka yang berani.
Dalam usia ku yang dah menjangkau alam dewasa ini, aku semakin kenal dunia dan buka mata dalam banyak perkara. Minda lebih terbuka luas dan kenal dengan lebih ramai orang dan dalam mengenali lebih ramai orang dalam dunia/alam dewasa ini, aku semakin terbuka mata tentang pelbagai ragam dan kerenah manusia.
Ada mereka yang aku kenal mempunyai sifat dan kelakuan yang aneh. Ada yang malas. Ada yang rajin. Ada yang baran. Ada yang angin pasang. Ada yang moody tak bertempat. Ada yang tiba-tiba tarik muka dan buat orang lain takut nak bertegur sapa. Ada yang tiba-tiba datang angin tanpa tahu sebab musabab nye dan bile ditegur buat dek aje...
Kadang-kadang bile memikirkan gelagat manusia yang pelbagai ni, aku sering tertawa sendiri. Aku pun tentu ada ragam ku sendiri cuma beza manusia ini adalah dalam mengawal ragam mereka. Ada yang angin tanpa dapat dikawal dan orang lain yang jadi sasaran. Ada yang entah kenapa tiba-tiba jadi pendiam tanpa sebab. Aku juga ada angin dan ragam ku. Aku juga kadangkala moody tapi aku selalu ingatkan diri agar jangan hamburkan kemarahan dan menunjukkan moody ku pada orang. Aku tahu bagaimana rasanya sebab aku kadangkala terkena. Hatiku kadangkala tersentuh kerana aku tak tahu apa kesalahan ku. Pada siapa yang dimarahkannya pun tidak aku tahu. Tiba-tiba je bertukar pendiam dan teguran tak berjawab. Aku masih ingat pesan ustazah ku masa di sekolah rendah dahulu. Kalu tingkah dan kelakuan kita membuatkan orang sekeliling tidak selesa dan berasa hati, maka dosa lah yang kita terima. Salah satu contoh yang paling mudah adalah kelakuan berbisik kerana berbisik dikhalayak ramai sehingga menimbulkan syak wasangka dan menyentuh hati orang disekeliling kita, itu sudah dikira berdosa.
Aku bukan mahir soal agama serta dosa dan pahala tapi aku sentiasa ingatkan diri agar hati orang disekeliling ku dapat aku jaga. Aku juga bukan manusia yang sempurna tapi semua terpulang pada diri sendiri dengan cara muhasabah diri bagaimana kita perlu jaga ragam dan tingkah laku kita sekurang-kurangnya orang selesa dengan kita. Bagi aku itu yang penting sebenarnya. *titik* - selesai luahan rasa (aku terasa hati sebenarnya tapi biarlah rasa hati ini aku simpan dan pendam sahaja)
Tengah buat keje and i feel different. Kenapa lain macam je rasa hari ni. Berhenti buat keje and start thingking about him - "My Dear Soulmate."
I miss my soulmate. Baru sehari and not even past 24 hour lagipun but i start missing him do damn much. He left me for his canoe competition at UPSI.
I miss all about him yang boleh buat aku tersenyum sendiri. His childish character and also his 'gatal'ness. His smile yang always bright up my day. His body odour (not a perfume ok...) that always makes me feel close to him. He's not a perfect guy but he complete me almost everything. Thanks to ALLAH to let me be his fiance.
Alhamdulillah.....
m(;_;)m *tears*
Melihat cincin di jari membuatkan aku tertanya sendiri. Benarkah kini aku sudah jadi tunangan orang? Tanpa ada majlis seperti yang di idam dan di impi, kini status ku telah berganti dari tiada ikatan kepada sebuah ikatan yang masih 50-50.
Bila memikirkan hari bersejarah yang menjadi saksi, setitik air mata ku gugur di pipi. Entah kenapa begitu sayu rasa hati. Bukan ini yang aku impi. Bukan ini yang aku rancangkan. Bukan tidak suka pada ikatan yang telah termetri, cuma pada cara dan bagaimana ianya terjadi membuatkan aku sayu hati.
Angan2 ku tinggi menggunung. Menginginkan sebuah majlis pertunangan yang sempurna seperti orang lain. Yang mengikut adat dan acara. Yang sekurang-kurangnya adalah juga satu dua gambar yang boleh ku buat tatapan hari-hari. Yang dapat ku tunjukkan pada rakan-rakan sebagai bukti. Yang dapat aku simpan buat tatapan anak dan cucu. Agar dapat aku cerita dan bangga kan pada mereka satu hari nanti. Paling tidak pun dapat aku buat cerita. Pengalaman dan kenangan itu yang aku mahu sebenarnya. Bukan niat untuk menunjuk2 dan bangga diri, tapi lebih pada kepuasan hati sendiri. Orang mungkin tidak tahu betapa bernilainya sebuah kenangan dan pengalaman menjalin satu ikatan itu. Lagi2 sekira ianya mengikut adat dan acara. aLangkah indah rasanya.
Walaupun aku sibuk sungguh dengan kerja sekarang ni tapi bila memikirkan hari bersejarah yang bakal menjelang nanti berdebar-debar juga rasanya hati. Tak tahu kenapa risau sungguh hati ini. Aku harap semuanya akan berjalan dengan baik dan teratur. Biarlah semua keputusan yang bakal dibuat nanti, menyenangkan kesemua hati. Itulah doa ku hari-hari. Yang pasti aku dan si dia tak banyak pilihan, kami hanya menurut apa yang dikata.
Kami mahu hidup sama. Sudah bersumpah dan berjanji. Bersumpah dan berjanji untuk hidup bersama sehingga akhir hayat nanti. Menempuh hari-hari mendatang dan segala dugaan dan cabaran yang datang bersama. Insya'allah... Lafaz ku agar diperkenan Illahi.
Walaupun hari yang bakal tiba bukanlah suatu yang perlu diperbesar-besarkan dan bukan suatu boleh menjanjikan aku miliknya namun memikirkan perjalanan dan keputusan kedua belah pihak yang bakal dibuat nanti, hati ku jadi resah dan mati kerana yang bakal menjadi mangsa sudah tentu-tentu aku dan kekasih hati. Perkara kami yang bakal diperkatakan nanti, maka tak salah kalau perasaan risau wujud dalam diri. ENTAHLAH, ayat biasa yang aku lafazkan bila fikiran sudah buntu dan menemui jalan mati...
SIPUT. Merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cengkerang. Sejenis haiwan yang hidup dan berselindung di dalam cengkerang. Yang paling ketara sifat siput adalah apabila disentuh pasti akan menyorok masuk di dalam tempat perlindungan atau cengkerangnya. Mama sama kan aku dengan siput. Kata mama sebab aku kuat merajuk. Salah cakap sikit, merajuk, terasa hati. Marah sikit, merajuk, terasa hati. Tapi tahukah mama bahawa aku warisi sifat ini daripadanya? Dan kini, pewaris seterusnya yang mewarisi sifat yang mama gelar siput ini adalah Adam. Anak buah ku yang sorang tu. Sama sifatnya. Salah cakap sikit pasti merajuk dan panjang jugak rajuknya. Wewet sorang je yang reti layan. Sebab sama sifatnya kata mama. Setiap kali Adam merajuk, akulah yang jadi tukang pujuk. Tapi bila aku merajuk, takde sape pun yang sudi pujuk. Sedih betul.
Kadang-kadang aku kesian pada orang terdekat aku macam mama dan juga kekasih hati. Setiap kali aku merajuk mesti diorang susah hati. Dok pikir macamana cara nak amik hati. Aku bukan sengaja tapi ini sifat lahiriah yang sememangnya ada dalam diri. Sukar untuk dibuang tapi boleh dikurangkan. Aku dah cuba. Kini aku dah kurang sikit merajuk dan jauh hati. Aku semakin pandai mengawal diri. Insya'allah. Itu doa aku hari-hari.
Allahhuakhbar... sesungguhnya Allah Maha Besar. mencipta insan dengan hati yang satu. mencipta pelbagai perasaan dan rasa. semuanya menjadi pencorak sebuah kehidupan. begitu juga dengan jalan dan kehidupan yang perlu aku lalui. dalam pada gembira menyahut berita dan bakal menjadi milik seseorang, Allah datangkan sedikit kedukaan dan kelukaan yang pastinya bakal menjadi pemanis suatu perhubungan.
Entah kenapa hati ini senang benar tersentuh dan terluka hanya kerana kata-kata. kenapa begini wahidah? aku tanyakan pada diri sendiri. kenapa lembut benar hati yang di dalam tu. kenapa cepat benar tersentuh. entahlah. aku sendiri pun tak pasti kenapa hati ku yang satu ini cepat benar terasa dan terluka. sedih benar bila aku fikirkan apa yang diperkata. mungkin bagi orang lain semua tu hanyalah "small matter". tapi kata-kata itu benar-benar membunuhku kerana selama ini, aku bina kejayaan dan bangkit dari suatu kegagalan hanya dengan semangat yang aku ciptakan sendiri. yang aku cipta agar dapat aku bangkit setiap pagi dengan satu semangat dan satu azam dan percaya serta yakin diri. tapi hanya kerana kata-kata itu, aku bangun pagi tidak lagi seperti dulu. bangun saja, aku bertanya pada diri, layak kah aku untuk menjadi diriku hari ini. membawa nama wahidah yang satu bersama-sama ku. kalu dulu, pelbagai kata nista dan cerca yang aku terima tapi rasanya tidak seperti apa yang aku terima sekarang ini. mungkin kali ini, kata-kata itu tepat dan benar dan menyedarkan aku agar jangan lupa diri. menyedarkan siapa aku. menyedarkan aku agar jangan lupa mencermin diri. dahla hodoh dan bodoh. sedarlah diri!
Bakal gemuk gedempol, baju semua bakal tak muat dah. Bakal perut buncit. Tak lama lagi gelaran akan bertukar menjadi "Mak Buyong" uh! kurang suke itu gelaran okie! Bakal ada benda gerak2 dalam perut. Bakal tak larat jalan. Bakal tukar uniform. Bakal dipanggil "IBU". Perasaan : suke suki bersuka hati + morning sickness yang sangat teruk ini.