Tuesday, August 4, 2009
ANNOUNCEMENT
SO ENJOY BLOGGING EVERYONE.
DO VISIT YA!
http://imetemanakukamekgue.blogspot.com/
:OR JUST CLICK AT THE POST TITLE ABOVE
...........................................................................................................................................................................
Thursday, June 11, 2009
Al-Fatihah
Al-fatihah buat Arwah dan takziah aku ucapkan pada kak G. Doa ku agar kak G tabah penempuh segala dugaan yang telah ditakdirkan ALLAH.
...............................................................................................................................................
Thursday, June 4, 2009
Aku suka melihat SENYUM itu
doa ku dalam hati biarlah senyuman itu tidak lekang dari bibir manisnya.
tidak kah dia tahu bahawa dia sungguh manis kalau tersenyum.
tidak kah dia sedar senyuman nya bisa buat hati bahagia.
manis sungguh senyuman nya itu dan itu lah senyuman termanis bagi diriku.
tapi tidak aku tahu bagaimana untuk menyatakan padanya agar dia tersenyum sentiasa.
aku bahagia melihat dia begitu. tersenyum manis padaku dan orang di sekelilingnya.
terima kasih kerana tersenyum buatmu pemunya senyuman yang manis.
...............................................................................................................
Adakah ini airmata gembira atau sebaliknya
Ya Allah adakah ini airmata bahagia, airmata gembira ataupun sebaliknya?
Malu sungguh aku kerana airmata ini mengalir di hadapan insan yang sentiasa lihat aku kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran masa depan.
Mungkinkah ini airmata beban. Airmata yang mengalir bagi mengubat sebuah kedukaan?
Senang benar hati ku ini tersentuh hanya dengan kata-kata mahupun suatu perlakuan.
Atau aku saja yang suka bermain dengan perasaan? Terlalu mengikut hati dan perasaan.
Ya Allah, aku berharap airmata yang mengalir ini adalah airmata rahmat dan satu petunjuk dari mu bahawa impian dan cita-cita yang sedang aku usahakan akan dapat aku capai. Insy'allah, itu yang sentiasa aku doa dan harapkan.
Ingin aku buktikan pada semua bahawa apa yang aku impi dan citakan akan menjadi satu kenyataan.
Ya Allah hanya pada mu aku berserah dan pada mu juga aku bersujud memohon agar diperkenankan.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa airmata ku ini mengalir dan kenapa aku ditakdirkan disini.
Entahlah..., ayat biasa ku yang mengambarkan luahan rasa yang tiada pengakhiran dan kesudahan.
.............................................................................................................................................
Thursday, May 28, 2009
Master Plan Department Family Day 2009
-SeNYuM-
Ku titipkan lagu SENYUM untuk dinyanyikan dan dibuat renungan...
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Dunia mu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum.. membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
..............................................................................................
LELAKI
.................................................................................................................................................................
Finally i got it!
Just wanna share with everybody out there that finally i've got my couple tee shirt. After macam-macam yang jadi. Payment that i bank in into maria's account dia tak dapat la. Dengan nak tunggu sampai "My Soul-Mate" couple shirt ada stok lagi. chewah!, macam hebat sangat je halangan dan rintangan tu. Walaupun apa pun, i really excited bila received the tees yesterday. Tak sabo2 nak balik umah and try. Best sangat and next month insya'allah nak order satu lagi;
XUPERMAN i will buy you......
*credit and thank you to maria for good service and nice tees.
Tuesday, May 26, 2009
Ikhlas bagi mendapat redha ALLAH dan keberkatanNYA
Bismillahirrahmannirrahim....
Semalam entah kenapa aku rasa tiada semangat untuk kerja. Terasa sia-sia dan diperguna. Rasa macam orang bodoh yang diperbodoh-bodoh. Namun aku kuatkan semangat dan tetapkan tekad. Aku katakan pada diri dan bisikkan pada hati, aku ke sini untuk mencari sesuap nasi. Untuk memperoleh rezeki. Rezeki yang halal untuk aku salurkan pada ibu, adik-adik dan anak-anak buah ku yang tersayang. Tapi aku masih rasa tak puas hati. Tak banyak kerja yang aku dapat lakukan dan sudahkan. Terasa rugi sebab mensia-siakan masa yang ada. Namun apalah yang dapat aku lakukan jika hati dan perasaan tak tenang.
Hari ni, ketika bersiap untuk ke tempat kerja, telinga ku menangkap suara ceramah ustaz dari corong radio yang dipasang ibu, tentang keikhlasan dalam melakukan kerja. Keikhlasan untuk mendapat redha dan keberkatan ALLAH. Ya ALLAH, sesungguhnya kau maha mengetahui. Kau berikan petunjuk dan panduan ketika hati dan fikiran ku kusut dan dalam aku mencongak-congak untuk pergi atau tidak ke tempat kerja hari ni. Hati rasa berat sungguh untuk bangun pagi tadi. Terasa malas sungguh untuk menghadapi rencah dunia dan ragam manusia. Kalu boleh aku teruskan hidup sendirian di dalam gua, sudah pasti aku dirikan rumah dan bina kampung di dalamnya. Tinggal sendirian di dalam gua tanpa menghiraukan apa yang jadi di luar sana. Tapi itu bukan yang dituntut ALLAH. ALLAH mahukan umatnya menyeimbangkan antara akhirat dan dunia. Bekerja juga merupakan tuntutannya. Kerja yang aku lakukan juga merupakan satu ibadat kata ustaz dalam ceramah yang aku dengar pagi tadi. Jika ikhlas melakukan kerja, maka akan redha ALLAH dengan umatnya, berkatlah segala kerja yang dilakukan. Bila berkat kerja yang ikhlas itu dilakukan, maka ianya sudah dikira ibadat. Ganjaran pahala yang ALLAH janjikan. Subahanallah... Indahnya ISLAM.
............................................................................................................................................
Tuesday, May 19, 2009
My Essay - Why i want to be a LECTURER
Reading has been my passion since I was first introduced to books at the age of 9. My father, when he was alive, would read to my brothers and me. Every material he delivered was like a story to us. He would afterwards get us into the mood of “discussing” the subject and that was the hype of the event. I suppose that was his way of making us remember.
I applied the same technique to my nephew and niece and amazingly, it helped them too. They remembered the little details that we usually overlook. Their enthusiasm and alertness encouraged me more to search more material relating to the subject.
Those little events we perform daily actually shaped my desire to teach. I cannot think of any better vocation than being a lecturer. My perception of lecturing is that it is a performance by educators who do not actually teach but one who shares knowledge with developing minds and vice versa. He enhances the development of a learning individual.
Complacency is an unfamiliar term for me. I would not want to envelop myself with envy while others achieve their Masters and PHd. I want to be an achiever too and I know my aspiration has no boundaries. I want to be the first to set precedence in my average family.
Until the end of my time, I will always hear my father’s voice ringing in my ears quoting Luqman Al Hakim
.....................................................
Monday, May 4, 2009
couple shirt for me and my fiance
Link : http://red104-shop.blogspot.com/
..........................................................................................................
Thursday, April 30, 2009
Tahniah Adik Ku
Kalungan emas dan anugerah ketua jabatan yang diterima membuatkan aku rasa sayu hati. Sepatutnya aku juga seperti kamu. Memakai kalungan emas kebanggaan semasa majlis konvokesyen ku dulu. Tapi hanya kerana satu kegagalan yang disebabkan oleh insan bernama lelaki. Aku tersungkur dan kalungan itu terlepas dari genggaman ku.
Sudahlah, kata hati. Yang lepas usah dikenang2 lagi. Yang pasti adik ku telah menebus kegagalan ku itu. Kalungan emas yang diterima dan dipakai sekurang2nya membuatkan aku rasa terbalas. Paling tidak pun ada juga dalam keluarga ku yang merasa memakai kalungan emas itu. Itu sudah cukup baik buatku.
Sekali lagi, tahniah adik ku. Aku bangga dengan kejayaan mu itu. Saat melihat kau naik kepentas dan menerima segulung ijazah dan anugerah itu, aku lihat ibu tersenyum bangga dan bergenang airmata. Mungkin terbalas sudah segala penat dan usaha membesarkan mu.
Tahniah sekali lagi dari kakak mu.
...............................................................................................................
Saturday, April 25, 2009
Merah itu Indah
Monday, April 20, 2009
lain ORANG lain RAGAM
Ada mereka yang aku kenal mempunyai sifat dan kelakuan yang aneh. Ada yang malas. Ada yang rajin. Ada yang baran. Ada yang angin pasang. Ada yang moody tak bertempat. Ada yang tiba-tiba tarik muka dan buat orang lain takut nak bertegur sapa. Ada yang tiba-tiba datang angin tanpa tahu sebab musabab nye dan bile ditegur buat dek aje...
Kadang-kadang bile memikirkan gelagat manusia yang pelbagai ni, aku sering tertawa sendiri. Aku pun tentu ada ragam ku sendiri cuma beza manusia ini adalah dalam mengawal ragam mereka. Ada yang angin tanpa dapat dikawal dan orang lain yang jadi sasaran. Ada yang entah kenapa tiba-tiba jadi pendiam tanpa sebab. Aku juga ada angin dan ragam ku. Aku juga kadangkala moody tapi aku selalu ingatkan diri agar jangan hamburkan kemarahan dan menunjukkan moody ku pada orang. Aku tahu bagaimana rasanya sebab aku kadangkala terkena. Hatiku kadangkala tersentuh kerana aku tak tahu apa kesalahan ku. Pada siapa yang dimarahkannya pun tidak aku tahu. Tiba-tiba je bertukar pendiam dan teguran tak berjawab. Aku masih ingat pesan ustazah ku masa di sekolah rendah dahulu. Kalu tingkah dan kelakuan kita membuatkan orang sekeliling tidak selesa dan berasa hati, maka dosa lah yang kita terima. Salah satu contoh yang paling mudah adalah kelakuan berbisik kerana berbisik dikhalayak ramai sehingga menimbulkan syak wasangka dan menyentuh hati orang disekeliling kita, itu sudah dikira berdosa.
Aku bukan mahir soal agama serta dosa dan pahala tapi aku sentiasa ingatkan diri agar hati orang disekeliling ku dapat aku jaga. Aku juga bukan manusia yang sempurna tapi semua terpulang pada diri sendiri dengan cara muhasabah diri bagaimana kita perlu jaga ragam dan tingkah laku kita sekurang-kurangnya orang selesa dengan kita. Bagi aku itu yang penting sebenarnya. *titik* - selesai luahan rasa (aku terasa hati sebenarnya tapi biarlah rasa hati ini aku simpan dan pendam sahaja)
...............................................................................................
Friday, April 10, 2009
Miss Soulmate
Friday
10:30
Office
Tengah buat keje and i feel different. Kenapa lain macam je rasa hari ni. Berhenti buat keje and start thingking about him - "My Dear Soulmate."
I miss my soulmate. Baru sehari and not even past 24 hour lagipun but i start missing him do damn much. He left me for his canoe competition at UPSI.
I miss all about him yang boleh buat aku tersenyum sendiri. His childish character and also his 'gatal'ness. His smile yang always bright up my day. His body odour (not a perfume ok...) that always makes me feel close to him. He's not a perfect guy but he complete me almost everything. Thanks to ALLAH to let me be his fiance.
Alhamdulillah.....
m(;_;)m *tears*